Suami selfish dan pentingkam keluarga sendiri sahaja.

Assalamualaikum hi isteri2 and bakal ibu dalam apps ni. Saya nak share dan minta pendapat dari kawan2 dekat sini. Situasi: saya telah berkahwin dengan suami hampir setahun dan kami menetap bersama mak ayah saya dah hampir 6 bulan. Masalah: suami saya selalu suka berkurung dalam bilik sahaj. Dia sangat jarang hendak bergaul dgn ibu bapa saya sehinggakan ibu bapa saya selalu mengadu yang ‘menantu aku mmg xmahu keluar bilik ke?’, ‘menantu aku tak nak tegur aku ke?’ . Husband saya jarang bercakap dengan ibu dan bapa saya. Saya dah pernah tegur, tapi dia marah dan buat muka. Dia kata this is not his home, dia rasa menumpang. Setiap kali dia balik kerja, dia akan bagi salam dan terus masuk bilik. Dia heret saya sekali, sehinggakan saya susah nak keluar dari bilik utk lepak dgn parent saya di ruang tamu. Suami hanya keluar bilik waktu nak makan dan pergi tandas. Selain tu, tak keluar. Setiap kali ibu bapa saya panggil saya keluar bilik utk bercakap atau minta tolong saya mesti dia mcm tak rela nak izinkan. Saya pun tak faham kenapa. Dahlah, tak tegur mak ayah saya. Makan pun asing2. Sampaikan saya rasa, walaupun duduk sebumbung dgn mak ayah saya, saya ni jauh sangat dari mereka. Sedangkan semua kehendak suami saya turuti. Tapi suami tetap selfish dgn cara hidup dia. Dia ingat ni duduk rumah bujang ke? Semua org buat hal masing2. Ayah saya sampai merendahkan diri panggil dia keluar bilik utk mkn sama2. Tapi dia melengah lengahkan ajakan ayah saya. Sejujurnya sebagai anak, tgk suami kita layan mak bapak kita endah tak endah, rasa perit dan sedih. Kalau balik rumah ibu mertua( mak suami), suami sentiasa berada di luar bilik dan very helpful to his mother. Tolong mak dia macam2, sembang macam2. Makan berjemaah sume dia layan elok. Kalau lepak dgn adik beradik dia, sampai susah nak masuk tidur. Tapi mak ayah dan adik beradik saya dia xlayan mcm tu pun. Pada mata saya, dia pilih kasih dan selfish. Pentingkan keluarga sendiri. Apa yang patut saya buat? Nak nasihat mcm mana? Dia taknak bergaul dengan keluarga saya. Sebelum kahwin dan diawal perkahwinan okay je. Tapi sejak duduk dengan parents saya dia sentiasa menyendiri, mcm tak suka dgn keluarga saya. Kadang2 rasa nak berpisah dgn dia sbb dia tak respect family saya sepertimana saya respect dia dan family dia. Sejujurnya mak ayah saya tak prrnah ganggu dia, tak pernah halang apa dia nak buat, dan tak pernah marah atau perlekehkan dia. Mereka lebih banyak membantu, dari banyak aspek. Tapi suami balas mcm ni. Saya sebagai anak sangat sedih dan apa yg berlaku sekarang ni, tak seperti yg dibayangkan sebelum kahwin. Tolong bantu saya, saya nak mak ayah saya gembira dengan kehadiran suami dan suami pun gembira dgn kehadiran org tua dan keluarga saya. #pleasehelp

14 Balas

betul ke parent awak tak pernah cakap apa2 dekat menantu dia ? suami saya dulu peramah sebelum duduk dengan rumah family saya tapi sejak akhir2 sama macam suami sis saya mula2 tengok macam tuh heran lah kan bila saya tanya rupanya dia taknak mak ayah saya selalu aibkan dia atau saya depan orang ramai atau jiran2 dia terasa katanya sebab dia nak elakkan pergaduhan dia akan memerap je dalam bilik .. kadang ada sesetengah jenis laki dia taknak buruk2kan mak ayah mertua dia so dia ambik keputusan untuk diamkan diri atau taknak kita terasa hati kalau dia cakap yang tak elok pasal keluarga kita kan ,macam saya yang pernah hadap situasi macam ni saya tak berpihak pada siapa2 awal2 tuh memang saya tak faham kenapa suami saya sanggup buat macam tu kat mak ayah saya , ada juga tegur suami tapi dia tak ngadu apa2 makin hari makin lama saya tengok makin melampau mak ayah pun dah bising2 dorang cakap suami saya sombong lah apa lah sekali saya tanya kenapa kat suami, dia cakaplah saya taknak keluar sebab nak elakkan pergaduhan mak ayah mertua dia suka buka aib atau buruk2kan pasal saya atau menantu dorang depan orang atau kepada jiran2 .. bila saya sendiri dah dengar dan dah tau punca tuh memang betul mak ayah saya suka bercerita aib saya dan suami pada orang yang tiap kali datang ke rumah ni ataupun pada jiran2 kami , jadi sekarang saya tak persoalkan apa2 .. saya dah faham kalau dia memerap je dalam bilik , nasiblah orang laki2 Allah ciptakan macam tuh kan apa2 masalah diam je kalau kita yang perempuan saya rasa dah bergaduh dengan mak ayah mertua kita 😂 , sebab tuh sekarang saya percaya kenapa bila lepas je berkahwin kita kena duduk rumah asing2 dengan family dan family belah suami , rupanya perkara yang sekecil2 macam ni lah yang boleh merosakkan silahturrahim antara kita dan mertua .. walaupun mak ayah kita sendiri kan , depan2 semuanya manis2 tapi belakang bukan main .. so saya cadangkan sis tanya lah suami tu mungkin ada yang dia terasa hati dengan apa yang parent sis cakap , bukan nak buruk sangka tapi tak salah bertanya kan jangan disebabkan masalah2 sekecil macam ni rumahtangga kita jadi masalah ataupun hubungan kita dengan mak ayah renggang .. penyelesaian yang terbaiknya adalah puan kena ambik tau kenapa suami buat macam tuh , kalau betul apa yang saya cakap ni ! ajak suami sewa atau buat rumah sendiri kalau ada duit .. duduk asing2 ni bukan sebab kita benci ke apa ke tak tapi sebab nak jaga perhubungan yang kita dah bina tuh .. kita pun taknak disebabkan hal2 yang macam ni boleh memudaratkan hubungan siapa2 kan .. jenis suami dia kalau ada masalah memang suka pendam atau diamkan diri , bukan macam kita perempuan ni apa2 je mesti nak share kat suami kan walau hal sekecil apa maybe suami sis nak jaga hati sis sebab tu dia taknak buruk2kan mak ayah sis .. kalau dah tau apa masalahnya puan kena main peranan , satu kalau boleh jangan berpihak pada siapa2 , kedua cuba ajak bersemuka kalau rasa malas nak berbincang antara keluarga g duduk rumah sendiri kalau parent tanya kenapa cakap nak belajar berdikari settle ☺️ harap membantu ye..

yess betul puan .. kalau duduk sama banyak yang busuk dari yang wangi ..

sis kena jd detektif cari punca kenapa suami mcm tu..kalau tanya secara hati ke hati tak berhasil..lepas tahu apa punca..sis kena bagi dia bayangan bagaimana kalau sis yg buat mcm tu dekat keluarga dia..apa2 mslh sklipun kalau mertua ada ckp belakanh ke apa ..krna selesaikan dgn cara baik..berkurung di bilik bkn lah penyelesaian..hidup ni kalau fikir sgt apa yg mertua ckp jahat ke apa ker..mmg xkemana..jjadi tinggal berasingan pun bkn jalan penyelesaian jgk..sbb mulut org luar lagi jahat..kalau asyik fikir perasaan kita yg terluka terguris sbb mulut org..mmg susah lah kita nk hidup dlm dunia ni..bgthu lah suami mcm tu..kalau betul lh mak ayah sis ada ckp buruk kat dia blkg atau dpn lah..tp kalau mmg sbb dia segan menumpang..bgthu lh dia spya bygkan kalau sis yg buat mcm tu kat keluarha dia..berkurung jer dlm bilik..tak keluar2..apa perasaan dia..biar dia berfikir kurang ajar ke tidak kalau begitu..sruh jgk dia bygkan kalau menantu2 dia nanti pun mcm tu jgk..apa perasaan dia..asal segan jer..asal ada masalah jer berkurung dlm bilik..sruh dia bygkan diri dia masa dh tua dan dapat menantu dgn perangai mcm dia..tp ckp semua ni kena betul2 dari hati ke hati..kena pandang tepat mata dia..tunjuk kan diri sis yg dlm dilema dan minta dikasihani agar dapat jawapan yg tulus dari suami ..itu jer lh tips dr sy..semoga suami mengerti dan memahami isi hati sis dgn sebaik nya..sblm meluahkan baca doa pelembut hati dulu supaya perbincangan menjadi mudah..jgn terlalu ikut emosi semasa berbincang ya..❤

sebaik nye kalau dah situasi mcm ni lebih baik duduk rumah asing.. x elok utk keharmonian rumah tangga sis.. mungkin ada sesuatu yg suami taknak bagitau yg buatkan dia tak selesa duduk dlm rumah tu.. impossible laa sis suami boleh berubah mood mcm tu skali tanpa sebab dan alasan.. pengalaman sy masa awal2 kawin sy suka balik rumah mertua... adik bradik suami semua layan sy baik2 .. ayah mertua suka ajak makan kat rumah... boleh kata hari2 sy dgn suami balik rumah mertua.. smpai satu masa suami ada gaduh dgn kakak dia kt rumah ayah mertua.. lepas kejadian tu ade yg bukak mulut cakap suami sy ni suka menyusahkan ayah.. suka habiskan makanan kat rumah ayah.. x bagi duit blanja kat ayah.. dan mcm2 lgi lah... pasal sy pon dorg duk mengata... padahal ayah mertua ok je takde masalah... duit belanja tiap2 bulan x pernah x bagi kat ayah.. sejak dari tu sy mmg jarang balik rumah ayah mertua dh org ckp macam2 blkg kita.. suami pon faham knp sy dh taknak balik rumah ayah dia.. balik pon jarang skali sekadar nk jenguk ayah mertua.. sy dh takde ayah... mak pon duduk jauh.. kita nk menumpang kasih keluarga mertua jadi rasa macam berat hati dah 😅

suami sy pun gitu gak ..tp kami duduk asing, kalau mama ayah sy dtg rumah kami, mmg dia buat hal sndiri..kdg tido kdg main game.. tp sy ckp dia dgr..suami mmg jenis pemalu..introvet terlebih , jenis tak byk ckp.. sy ckp je kat dia nnt kalau umi abi dia dtg sy duk dalam bilik je tak layan dorg tak masak utk dorg nak ke? dia terfikir sndiri ..pstu nnt baru la keluar bilik borak ngan ayah sy, tp family sy pun mmg kenal n faham suami perangai mmg gitu huhu..tp tula dlm situasi sis ni mmg agak susah sikit, sy rasa suami sis segan kot menumpang.. tapi tak elok la jgk buat gitu kan, sis jgn ad rasa nak berpisah tak elok..sis cuba try buat bnda sama, balik rumah dia nnt duk dlm bilik je, smpai mak dia sebut kat dia, mana isteri tak keluar bilik ke? haa tgok apa reaksi dia. ajar je sikit..bg dia rasa apa yg kita rasa..bila dh nikah ni takda istitilah mertua², tu mak aku tu mak kau jgk, tu ayah aku tu ayah kau jgk..camtu la sy ckp ngan somi hehe

Aiiii kurang ajar sangat tu😅😅😅mana adab sebagai menantu?? Sis kena berkeras juga,,cakap dgn suami tlg respect family sis,,jgn smpi sy buat bnda sama dekat family abg kata kat dia,kdang2 sis kita perlu juga tegas jgn 100% tunduk dgn suami,kita bukan hamba,,kita ni amanah diorang,,berkahwin bkn bermakna sis hak milik dia sepenuh nya,,dia hnya pinjam saja,,kita smua milik Allah,,lain kli klu msih mcm tu peduli kan dia,,kalau mak ayah panggil jgn mnta advice,just keluar,,kata kejap mk bantu mak kat dapur,,buar dia fikir sdri xselama nya dia boleh berperangai budak2 mcm tu xda adab langsung

habo die sedar diri menumpang prgai elok2 sikit😌 agak2 la klau malu o x selesa buat mntua cmtu.. bila mertua baik prgai menantu lak x bp nk elok klau rasa x selesa p la cri rumah sewa dok umh mak bpk kenapa..mna tnggungjwb suami sis sediakn rumah?senang xyah kua duit ke cmna 🤭 kalau dgn sy mmg mimpi buruk la suami buat prgai gitu.. sbb sy jenis membalas balik😆.. cuba sis p umh mak die pastu merap dlm bilik xpyh kluar2.. bila pgil buat xthu je .. bila dia tanya bg je balik paku buah keras😌 sis pn bru je kwen ptut bleh je tegas dgn suami sis tu..xpn suh die berambus p duduk dgn mak dia 😅

Apa kata awak pula duduk dgn mertua awak selama 6 bulan tu? Sy rasa masalah nie normal sbb betul lah itu bukan rumah die, itu rumah mak ayah awak, auto itu rumah awak juga. N i am very sure kalau awak duduk rumah mertua selama 6 bulan pun awak akan ckp benda sama. Kalau dah berkahwin nie better la duduk berdua, kalau boleh elakkan duduk dgn family @ family mertua sbb nye akan ada saja masalah. Duduk asing2 pun ada masalah inikan lg 1 rumah. Communicate with ur husband if u love him. Things still can fix.

dr pengalaman sya , suami awk kemungkinan ada yg x kena dimata or hati dia dgn kelakuan/percakapan keluarga awk.. x ibubapa , mgkn ipar2 atau biras ( kalau ada ) . dia memencil diri sbb nak elak ternampak/terdengar benda yg buat dia terasa hati. sbb dr kata2 nya yg ‘ dia rasa dia hya menumpang ’ dia xkan rasa spt org asing jika dia rasa selesa dgn keadaan d rumah tu.. mgkn jg dia rasa rendah diri sbb xmampu lg utk sediakan rumah utk awk .

Hi Assalam,pd pandangan sy,better u kena take action.Kalau boleh keluar n jgn duduk sekali.Samada dgn mak ayah u atau husben u.Untuk awal perkahwinan,banyak pengalaman yg perlu di share bersama.Ini bila u nmpk kesilapan dr husben u,u da rase down.Mungkin husben u pon perasan benda yg same.Better bincang baik2..semuanya akan ok..Sama2 terima kebaikan dan kekurangan pasangan.InsyaAllah moga dipermudahkan ❤️😊

VIP Member

Tanya suami betul betul heart to heart apa sebab utama dia buat macam tu, pasti bersebab. Kalau memang takde sebab saya suggest, awak dan suami bincang untuk duduk sendiri. Tak perlu duduk rumah mak ayah ni baik belah isteri atau suami. Sebab banyak nasihat kata jangan duduk dengan mak bapak kalau dah kawen, busuk lagi banyak dari wanginya. Yang jadi mangsa menantu atau anak sendiri tersepit.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan