dilema ibu bekerja

assalamualaikum ibu2. sy akan masuk bekerja tak lama lagi dan sy sudah mula hantar anak sy kpd pengasuh. baby sy bukanlah yg jenis baby easy going.. dia memerlukan bedung, whitenoise dan buai. kalau cukup semua elemen ni, memang dia mudah dijaga dan sy pon boleh buat kerja rumah. tapi, pengasuh taknak guna buaian dan meminta bouncer sbg ganti. selama bbrp hari sy hantar kpd pengasuh ni, pengasuh inform yg anak sy menangis dgn kuat dan sukar dipujuk. letak dalam bouncer pon masih mengamuk. macam mana ya sy nak buat? ibu2 doakan anak sy ya,tq..#SeriusTanya #bantujawab

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

pgasuh ruma ye ? kalau pgasuh ruma ada yg bole buaian tp kalau awak nk anta taska . taska tidak dibenarkan bouncer dan buaian tau . sy kerja taska . tu jkm yg minta . memula bole guna bouncer .ttiba skrg tak bole sbb ada ayunan buai/ bouncer tu tak elok utk kepala bby . mmg susah bg kami lg lg budak yg terbiasa buai ni tp mmg kne ajar tidur bawah jgk . sy sndri pun ajar anak tidur guna bouncer dri bby . tp bila skrg tak bole guna bouncer . ya Allah berperang sy dgn dia . dia now 1y3m . kalau nk tukar pgasuh pun . tgk dlu pgsuh tu bole tak guna buaian . tp kalau ank awak masih bby lg , awak bole practice dia tidur bawah tau . bukak je whitenoise ..bedung dan tepuk2 dia . kalau tak bole jgk. awak kena cari jgk laa pgsuh yg bole trima buaian .

Baca lagi
4h ago

Kenapa ayunan tak elok untuk kepala baby ye? Sebab dari dalam perut lagi baby berayun sebenarnya.

Pelik pengasuh ni 😅 Biasa pengasuh mengalu2kan kalau parents nk provide buai sbb dia senang keje. Or pengasuh ni trauma/tknk ambik risiko kot sbb ada kes baby lemas dlm buai, jatuh buai. Ke pengasuh ada ramai anak asuhan lain yg membuatkan dia takleh nk fokuskan anak sis bila dlm buai? Pengasuh anak saya Alhamdulillah siap provide buai kt rumah dia. Anak saya pun high need, siang je tidur buai malam cosleep. Tp kejap je guna buai, 5 bulan dia auto taknak buai/bouncer. Moga dipermudahkan urusan anak sis. Kadang tgk juga ada baby tak serasi dgn pengasuh. Anak saya kt rumah dia melalak je kerja sllu nk ngempeng. Kt rumah pengasuh terlalu elok perangai jarang nk dgr dia nangis pengasuh kata 😅

Baca lagi

brapa lama dh anak duduk dgn pengasuh? better crik taska yang trained jaga baby, slalu dorg bg tempoh 2 minggu utk baby biasakan diri. Taska tu pulak tgk setiap kali budak2 lain dihantar, happy or tak, kalau budak lain happy je datang tak menangis, mksudnya taska tu okay.

wsalam. pendapat sy, sebaiknya puan cari pengasuh lain yg boleh beri apa yg puan perlukan. bimbang kemudian hari pengasuh xtahan.

cari taska lain