Baby newborn tak membuang

Assalamualaikum hai mommy2 semua, nak tanya normal ke tak ya baby 1m tak membuang dalam sehari? Baby saya kembung perut memang akan meragam dah macam2 ubat sapu guna, cara kampung pon dah cuba tapi angin masih ada, kentut & kencing ok cuma membuang ja susah. Apa patut saya buat? #bantujawab #SeriusTanya #ingintahu #firstmom

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Walaikumussalam, mommy! 😊 Bagi baby newborn yang tidak membuang dalam sehari memang boleh jadi perkara yang agak biasa. Biasanya baby akan membuang kotoran setiap hari atau setiap beberapa hari sekali. Namun, jika baby anda mengalami masalah kembung perut dan susah untuk membuang, anda boleh cuba langkah-langkah berikut: 1. Berikan minum air yang mencukupi kepada baby anda. Ini boleh membantu melancarkan sistem pencernaan dan memudahkan proses pembuangan. 2. Boleh cuba urut perut baby anda secara perlahan-lahan dengan gerakan membulat searah jarum jam. Urutan ini boleh membantu mengurangkan kembung perut. 3. Gunakan minyak telon atau minyak yang sesuai untuk bayi dan urut perut baby anda dengan lembut. Ini juga boleh membantu mengurangkan kembung. 4. Jika selepas melakukan langkah-langkah di atas, baby masih susah untuk membuang, anda boleh berbincang dengan doktor kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat lanjut. Mungkin baby memerlukan bantuan ubat atau rawatan yang lebih spesifik. Ingat, setiap baby memang unik dan boleh mengalami masalah yang berbeza. Jika anda risau atau baby anda kelihatan tidak selesa, segera dapatkan nasihat dari pakar kesihatan. Semoga baby anda segera lega ya, mommy! ❤️ #bantujawab #SeriusTanya #ingintahu #firstmom". https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi
7mo ago

Terima kasih atas perkongsian, saya akan cuba buat mcm tu

kalau baby bf..tak yah risau..saya pun fully bf baby nak masok 6 bulan..its normal kalau 2 hari skali baru membuang..keep bubuh minyak telon..selepas mandi atau salin pampers..buat urutan i love u dan bycyle..sapu kt tapak kaki sapu 20x each tapak..dan urut bahagian betis..saya akan kira last bayi berak bila..selalu.cun² 2 hari..kdg cun² 3 hari baru membuang..xpa..doctor ckp normal..kalau susu bf dan cmpur fm.. risau.kena hari² membuang..kalau bf..jgn risau..byk doc saya tnya saya jumpa semua saya tnya..doctor ckp kalau xmembuang fully menyusu bdn..takpa..bermaksud anak kita dpt nutrisi cukup dr susu kita...dia membuang jarang..cuma sis pantau jgn melebihi 1 minggu ..selalu saya kira paling lama 3-4 hari dia xbuang..tp skali buang byk..n 2x...kalau 2 hari skali dia membuang sekali ja..kalau sis xpercaya boleh rujuk doctor untuk kepastian..saya berkongsi pengalaman saya jaa

Baca lagi
7mo ago

Terima kasih sis atas perkongsian, saya akan cuba praktikkan cara ni.

TapFluencer

wslm sis, apa kata sis sapu minyak bwg putih pulak kat baby sis. buat sendiri je. ambik bwg putih kat dapur 1 2 ulas + kunyit sikit lps tu tumbuk sikit ke or hiris² ke campur dgn minyak kelapa dara or minyak masak yg blm guna. sapu kat perut baby. insyaAllah blh kurangkan kembung perut. kalau nnt anak batuk selesema pun blh guna minyak ni lg utk legakan batuk selesema dia. sapu kat dada. atas belakang, ubun², tapak kaki & batang hidung. alhamdulillah kat anak sy menjadi. sis cuba la.

Baca lagi
7mo ago

Blh cuba ni, byk kegunaan terima kasih ya kongsi ilmu.

Kalau fm, wajib tukar susu. Kalau bf, jumpa paed tanya pendapat boleh tak baby consume biogaia probiotic. For now just keep on sapu minyak telon kt perut & tuam baby

7mo ago

Itu la, xpe minggu ni ada g kk blh tya lg skali kat doktor tu, mybe saya pon kena cari probiotic

Kalau guna Fm ( tukar susu lain ) Kalau BF xpa ….. keep sapu minyak je guna minyak yuuyie sapu sikit je dekat perut dgn tapak kaki dia …

7mo ago

Dah buat sapuan minyak n tuam dengan urut2 sikit tapi kentut2 je

Buat urutan I love you dan bicycle. https://youtu.be/9PhWkpEp8cY?si=VYChpCrZMWaDns7A

7mo ago

Terima kasih kongsi ilmu

Wait till your bf baby didn’t poop for 12 days 😆

7mo ago

Kenapa pula

VIP Member

Baby minum fm ke

7mo ago

Baby direct bf