Produk berpantang
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mommy semua, boleh kongsi produk penjagaan berpantang yang mommy gunakan? Dan boleh beli review tak? Saya sedang pencariproduk penjagaan berpantang. Kalau dapat yang boleh bagi perut kempis pun lagi bagus. Terima kasih
Gel Mandian Herba Al-Syifa; bidara, pudina dan limau purut, boleh guna head to toe. Segar! Lotion Panas Mustajab Post Natal warna hijau. Boleh buat polis, param, satu badan semua. Tapi saya guna rasa sejukkkk 😅 So, jarang guna. Dah Setahun 9 bulan tak habis lg. Buat untuk legakan lenguh2, pening2 manja OK la.. Kalau pening sangat, ambil paracetamol je. Minyak Kelapa Dara dan Pureen Strechmark Lotion, juga Good Virtue Co. Body Scrub untuk stretchmarks yg timbul slps sebulan bersalin. Berkesan. Cosmoderm Pembersih Wanita warna pink untuk cerahkan celah2 badan yg gelap. Yg ni jngn guna kat vagina ye. Nanti keputihan teruk. Syampu dan conditioner Follow Me anti hair fall. Sesuai dgn saya masa fasa rambut gugur teruk. Gugur tu memang gugur banyak, lepas tu anak rambut tumbuh lebat hingga kini. Mama's Choice nipple cream utk nipple melecet. Untuk kempiskan perut, teruskan penyusuan susu ibu, kerap buat senaman kegel dan slow walk. Saya slow walk 400 ke 500 meter selepas sebulan bersalin di taman. Lepas tu naik kan jarak sikit demi sikit hingga boleh briskwalk. Jaga pemakanan (ni penting) juga. Saya czer. Setahun 7 bulan, baru boleh briskwalk lebih 30 minit dan tempat czer tak rasa sesuatu. #tak pakai bengkung bagai sbb saya tak selesa dah terbentuk pinggang, perut pun dlm tempoh 10 hari. Nurse n doktor kata sbb saya menyusukan anak, kena rengat bagus, bagi rahim cepat mengecut. Sapu minyak kelapa dara pada perut untuk tegangkan kulit dan kasi lembab, tak kering.
Baca lagi