9BULAN 12HARI

assalamualaikum. boleh saya tahu pendapat mummy semua, anak saya dah 9bulan 12hari tapi masih makan bubur blend. saya dah cuba banyak kali bagi dia makan yang tak blend punya tapi nasi tu saya lenyek la. nasi tu masuk je dalam mulut terus akan muntah then susu yang dia minum sebelum ni pun akan keluar sekali. sekarang gigi pun takde tumbuh lagi. tolong saya mommy semua. ke saya kena teruskan je bagi dia bubur blend? kalau dia makan bubur yang saya kisar laju je dia makan. #firstbaby #mommybuntu

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

waalaikumsalam. slow² tukar teksture. baby muntah sebab gag reflex tu. tak biasa lagi tekstur lenyek. boleh blend kasar 70% halus 30% kasar. bila baby dah boleh terima tukar 50% kasar 50% halus. beza kan antara gag reflex dan tercekik. (refer utube). even baby takda gigi lagi. gusi baby kuat untuk mengunyah / hancurkan makanan. hanya perlu latihan sahaja. lama² baby akan okay.

Baca lagi