Waalaikumsalam. Ibu ada bagi anak gadget tak ? Anak sy pun sebaya anak ibu. Masih tak boleh bercakap. Hanya tahu sebut baa... Maa... Masa 1y6m ni kk akan buat test untuk detect autism. Kalau lepas test tu, ibu tak perlu risau. Kena banyakkan bercakap dengannya. Beli buku bergambar. Sebut perkataan satu². Sebelum umur 2 tahun tak boleh diagnose speech delayed, ini kk yang cakap. Anak ibu faham arahan mudah atau tidak ? Umur macam ni sepatutnya boleh sebut "Nak susu", "Nak makan" tapi kalau tak boleh sebut, kk akan suruh monitor dulu sampai umur 1y 9m. Jika masa umur 1y9m masih tak bercakap baru kk akan buat test sekali lagi untuk detect autism dan refer pakar.
Haja Doll