Bayi Underweight ?

Assalamualaikum, anak saya 3 bulan 24 hari, last checkup sebulan lepas berat dia 4.5 kg , nurse bgthu berat dia atas pagar je, tau tak macam mana nak naikkan berat bayi ? Anak saya fully bf , dia mmg tak suka minum susu fm , mesti dia sembur keluar balik , susu saya pun kdg tak banyak , mcm cara dah buat utk banyakkan susu , dia pun nampak slalu tak kenyang, kdg saya paksa jugak anak saya minum susu fm tu , sehari sekali , mak mertua suggest bagi bubur atau nestum 😅 saya dah pelik dah sbb 6 bulan bru bole makan, katanya anak2 dia dlu 3 bulan dh bg bubur , itu yang semua sihat2 je badan. Tapi saya takut nak bagi sbb awal lagi … Anyway anak saya lahir berat 2.3kg je (37w) Normal ke berat dia yg sekarang ni ? Please help ! #firstmom #pleasehelp #anakkurangberat

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

baby saya fully bf , lahir pun 2.75kg. sekarang 4 bulan baru 6kg. naik sebulan 400g pun dah syukur. Apa saya buat, saya susukan kerap, bukan paksa baby susu banyak sebab kita susukan dia ikut demand dia. baby nak kita bagi. kalau awak rajin awak perah susu, bagi susu yg pekat. yg cair tu awak buang. tapi saya tak rajin nak buat gitu 🤣 selain drpd kerap susu, saya jaga waktu tidur anak. WAJIB tidur sebelum pukul 9pm. tidur yang cukup & awal ni penting juga untuk tumbesaran anak daripada segi berat & tinggi. kalau isu kenyang tak kenyang tu kena tengok jugak kalau dia susu sampai tertidur, berak kencing cukup tu kira kenyang lah tu. janji dia kerap menyusu kira okay lah, make sure at least 15min lah dia menyusu baru dpt susu yg pekat tu. saya pun malas nak fikirkan sgt berat anak tak naik banyak, sebab bila fikir semula ala anak kita fully bf & lahir pun ringan so mmg takleh lah nak lawan anak org lain. 🤣 cuba lah dulu sis tips ni mana tau berkesan, toksah bagi anak makan nanti bahaya usus boleh pecah

Baca lagi
1y ago

Mungkin anak saya tkde jadual tidur yg tetap , tu yg dia susah nak naik berat kot kan , kdg pukul 1/2 pagi bru tidur sbb susah nak tidurkan dia , lepasni saya cuba lah tips dari sis ni , terima kasih ya !

anak saya lahir 2.75kg. checkup: 1. sebulan, berat 3.3kg 2. dua bulan, berat 3.6kg (sikit sgt naik sbb dia taknak tidur sangat siang masa ni) 3. tiga bulan, berat 4.2kg nurse dah refer doktor and doc cakap normal as long as berat tu menaik je. dah 6 bulan nanti baby start makan cepatlah naik berat inshaAllah. yang saya perasan, saya kena makan nasi at least 2x sehari utk dapat susu yg pekat. kalau saya makan benda lain walaupun kenyang mesti cair je susu badan saya. skrg saya amalkan makan kurma ajwa 3biji sebelum tidur.

Baca lagi
1y ago

Oh mcm tu ya , sbb saya pun kdg sehari tu sekali je makan nasi 😅 doc pun ada cakap selagi ada peningkatan berat dia tak jadi masalah , tp saya je risau lebih hehe

hi sis, btw anak sy 5 bulan dah. dari dia 3 bulan dia x nak susu fm, nak bf jer keja tp dia x berapa kenyang sbb tdo sllu kjp2 nangis juga. btw dari dia start x nk susu fm sy pksa juga dgn tkr botol puting susu, semua x berjaya. sy pksa bg susu guna picagari 2oz/1oz selang 2 jam. mmg dia nngis sbb x nk susu fm. smpai 5 bulan ni ttp pkai picagari. lps dia minum susu fm bru dia bf. sis try dulu. sbb klo nk hrpkn susu bf x cukup klo x ykin susu bf kita byk

Baca lagi
1y ago

Itulah doc ada recommend kan pakai picagari , kalau dia taknak pkai bottle , nnt saya nak cuba lah , terima kasih ya sis ✨

awak bf berapa lama per sesi? kalau boleh biar 20 minit ke atas supaya anak dpt hindmilk. susu tu yg buat berat anak naik. sy pun susu dah drop lps habis pantang. ajar jugakla anak minum fm. mujur dia nak. kesian sbb nampak sgt yg dia tak kenyang lps nyusu dgn sy. skrg sy campur susu fm dan badan. tp susu badan pun mmg makin lama makin susut. awak cuba la fm brand lain. kdg2 bby ni memilih juga 😅

Baca lagi
1y ago

kalau mcm tu ok je tu. tak semua baby kuat nyusu ye dak. anak kawan sy sebaya dgn anak sy. kuat betul nyusu. asal celik je nak susu walaupun tidur bape minit je. anak sy kalau dah kenyang mmg dia tolak je botol tu 😂

hi. anak saya pun masa lahir 2.4kg, 37w jgk. 1-4 bulan berat dia mmg naik tapi borderline. bmi rendah sampai la dah 5 bulan baru bmi normal. saya takde bagi benda lain melainkan susu badan. saya yg lebihkan makanan berkhasiat dlm pemakanan saya. Alhamdulillah lepas tu bmi anak sentiasa normal aje.

1y ago

Ohh harapnya 5-6 bulan nnt naik lah berat anak saya huhu

kena susukan anak awak lama, baby sy tak sampai 1bulan pon doktor suruh paksa bf 30minit, kdg2 sampai tumpah susu sbb sy paksa dia menyusu. awak kena kerap susukan anak, pam susu kalau ada masa lapang. saya cuba kerap pam dlm sehari je, esoknya susu dah bengkak

1y ago

Saya slalu jugak bf anak lama kdg sehari tu dlm 4/5 kali bf mmg lama tp tu lah kdg mcm tak smpai 20 min dia jadi geram , mcm tak dpt susu banyak , tu yg saya cuba nak campurkan dgn fm , tp anak pulak tak suka susu fm walaupun dah tukar 3 kali susu 😅 3 kali bottle

berat baby sy pon pnah atas pagar..tp sy bg susu badan mcm biasa ja. malas la pikir nk topup susu fm.. lgpon masa dia 3bulan tu dia dh start meniarap n membuas. masa 4bulan berat dia naik banyak dah..

Macam mana nak paksa baby menyusu lama sedangkan bila kita paksa dia tolak badan kita n menangis bila di paksa? Baby akn hisap kejap2 tp berulang2.. Jarang2 nak dpt dia hisap lama..

1y ago

Samalah anak saya pun mcm tu jugak

awak cuba try susukan sebelah je setiap sesi, jgn kejap kiri kejap kanan pada satu sesi, takut dia dpt air je, xdpt lemak susu.. kalau dah kosong baru tukar ke sebelah lagi..

boleh share berapa lama baby awak menyusu setiap sesi ya? awak kerap tukar breast ke semasa ank awak menyusu? cuba awak share cara yg awak buat utk bykkan susu?

1y ago

Setiap kali bf saya akan bg kiri dlu smpai 20-30 min atau smpai rasa mcm susu dah tkde then saya bg kanan pulak , kdg bg kanan dlu , utk banyakkan susu saya beli supplement utk banyakkan susu , makan kurma , makan sayur pegaga , kdg saya urut2 , banyak jugak saya buat , anak pun selalu direct je , kadang pening jugak 😅