15 Balas

saya 14w2d , ada tekanan rendah dan hb low . cuba puasa stu hari ,Ya Allah , buka je sy terus mual , perut pedih . smlm try lg . tp tak bole jgk smpai skrg rasa nk pitam . sy kne makan berat jgk kalau tak mmg pitam . kdg sedih sbb bru je puasa org dah ckp mcm mcm . dia takthu kita rasa mcmne tak makan . pening pitam sbb hb low . kawan sy 7 bulan doc kata nk puasa bole tp kalau bby tak gerak terus buka , jgn paksa diri untuk berpuasa . puasa boleh ganti , anak susah nk dpt . lagikan kita ni yg tak rasa gerak bby . lagi risau ok ke tak ok . mcm nk p scan je tiap mgu tgk keadaan bby . kalau awak rasa lapar tu tak memudaratkan bby dan awak . boleh je puasa . sy tak tahan lapar sjk pregnant . mmg akn mual yg teruk lepas buka . smpai lembik . pastikan awak buka minum air masak banyak ye . takut kurang air dlm bdn . semoga dipermudahkan urusan awak utk berpuasa.

sy 14 weeks juga. sehari ja puasa. sbb lapar. tgh fasa nak makan je. so sy tak puasa lah. sy bangun sahur dan niat berpuasa. tapi tghari dah bunyi bunyi perut. sy berbuka jugak. pastu hari ke 4 ramadhan, jmpa doktor sebab kencing pedih, sekali doktor ckp jgn puasa sbb air kurang, kencing kotor dan ada darah. kena makan ubat setiap 8 jam. so itulah ceritanya, dalam puasa sehari hari pun doctor kata air kurang, last2 mmg tak dpt puasa seharian sbb ubat start ambik seawal 9.30 pagi. kemudian 5.30 ptg. huhuhu jaga kandungan ya . jgn seksa diri dan anak . nnti jadi mcm sy, sana sini kurang 🥲

Jika awak kuat, teruskan. Tapi jangan terlalu paksa diri ya. Saya pun risau 😅 last year saya taktahu saya mengandung, saya puasa penuh alhamdulillah. Cumanya saya tak larat nak masak and nak rest tidur je. Penat tapi nak rest. So bergantung pada diri kita jugak. Ikut kemampuan awak ya. Moga yang baik baik sentiasa untuk awak dan baby, moga Allah jaga ♥️

Baiklah awk... Terima kasih 🤗

saya first day puasa je full, puasa seterus nya tumbang😂,nasi tak masuk cuma minum air panas dengan makan kuih je sahur , hari hari puasa setengah hari 🫢sebab bila dah start menyapu memop rumah auto begegar lapar😆,and akhir nya mommy pun berbuka setengah hari😂

Jika tiada masalah kesihatan dan larat untuk berpuasa, boleh teruskan. Awak sendiri je yang tahu badan awak macam mana. Jangan paksa atau tahan2 kalau tak larat. Boleh search dalam apps ni berkenaan berpuasa untuk ibu hamil.

wanita mengandung wajib berpuasa ya sis tetapi setakat yg termampu. kiranya setiap hari kena niat puasa dan berbuka jika rasa xmampu. jgn sebelum puasa dah xnak puasa tu salah ya.

ye betul.. sy setiap hari sahur setiap hari niat puasa. tp tgk takat mana sy mampu.. usaha jugak nk berpuasa sbb wajibkan. kalau sy da rasa nk pitam, pening kepala sy berbuka.. x boleh niat xnk puasa melainkn sis mmg ada mslh kesihatan atau dinasihatkan oleh dr tuk elak berpuasa. kalau rasa bimbg dan memberi kemudaratan pd kandungan dan diri sis boleh je x puasa tp kena ganti puasa dan byr fidyah

Saya pregnant pun 14weeks and ada gastrik. memang dah tahu xboleh perut kosong jadi doktor pesan kalau tak larat puasa jgn puasa risau mak sakit nnt effect kat baby.

Saya pun puasa masa dapat tahu pregnant🤣. Kalau ada alahan pening2 kepala tak payah puasa.. Org kata dah 5-9 bulan tu tak perlu puasa. Risiko tinggi

Sy x ad alahan ap... First day puasa je sy muntah sb x sahur 🤭

mcm sy harini checkup dkt klinik bile tmbg berat bdn trn hb pon jd drop nurse pesan xyah puasa sbb risau pada kandungan

Saya pon 14w, tetap puasa macam biase.. lapar tu biase sebab puasa kan. Kalau takde masalah kesihatan teruskan je.

Alhamdulillah setakat ni x ad maslh kesihatan ap2..

Soalan popular

Artikel Berkaitan