tambahan untuk yg tak disebut lagi:
- kalau tak biasa pakai kain batik, boleh je pakai kain/skirt biasa/seluar. cuma kena jaga pergerakan. orang selalu pakai kain batik sebab bila pakai kain batik ni auto jadi ayu, especially kalau tak biasa pakai. kita yg biasa pakai kain batik ni, nak bersila pun boleh 😅
- maternity pad boleh buat padsicles. baik untuk legakan sakit luka & bengkak perineum. boleh google/cari di yt cara buat.
- pad kena tukar tiap 4 jam, jadi standby at least 2 packs. kalau risau tak terguna maternity pad sebab darah sikit je, standby lagi satu pack tu pad saiz maxi/biasa.
- kalau jenis kerap berulang tandas & rasa renyah tiap kali kena buka pakai stokin, at least sediakan indoor slippers supaya tak perlu pijak lantai especially kalau lantai simen/tiles, sejuk.
- disposable panties untuk kegunaan kat hospital.
- nipple cream supaya nipple tak crack & luka especially awal2 menyusu.
- silicone milk collector + ziplock milk storage bag. belajar sesiap cara simpan susu & label simpanan susu.
- breast pad. ada disposable ada reusable.
- thermal breast pad. boleh je guna batu tungku atau kain panas, tapi ni lagi senang lah.
- set tangas kalau nak cuba bertangas.
kalau ambil CL, tak perlu beli set pantang, tungku dengan tangas tu. selalunya CL sediakan.
 Baca lagi