Ape Akan Jadi?
Ape yang akan jadi kalau kita tak makan ubat yg doktor bagi seperti asid folic dan b complex ya?

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda pil yang diberikan oleh doktor atau dibekalkan oleh pihak hospital atau klinik kesihatan adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh ibu hamil untuk memelihara kesihatan kandungan dan ibu hamil sendiri. Setiapnya mempunyai fungsi sendiri seperti asid folik dan B adalah untuk pembentukan otak dan saraf bayi, zat besi pula untuk memastikan paras Hb dalam darah yang mencukupi bagi menyalurkan nutrient yang cukup kepada bayi. Tidak mengambil pil-pil ini boleh menyebabkan zat yang tidak cukup sampai kepada bayi sekaligus boleh menyebabkan komplikasi atau kecacatan kepada bayi seperti masalah spina bifida. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi