Program #McDSayangCikgu Sedang Mencari Calon Untuk Anugerah Guru Inspirasi Di Malaysia

Anugerah Guru Inspirasi (AGI) oleh McDonald's Malaysia kini kembali sebagai tahun ke-4 dan menyeru pencalonan dari seluruh negara bermula hari ini sehingga 30 Mac 2020. Rakyat Malaysia dijemput berkongsi cerita tentang bagaimana guru-guru memberikan inspirasi kepada mereka atau anak-anak untuk berjaya dan mencapai kejayaan lebih dari mereka jangkakan. Sebagai sambutan Hari Guru Negara pada 16 Mei akan datang, seramai 25 orang guru yang berjaya akan akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5 000 trofi, selempang dan sijil pengiktirafan. Rakyat Malaysia yang memberikan nama-nama calon juga akan menerima baucar hadiah McDonald bernilai hampir RM200. AGI dilancarkan sejak tahun 2017 telah menerima sambutan menggalakkan dengan lebih daripada 11 500 penyertaan dan telah menganugerahkan 56 guru di seluruh negara. Ia adalah inisiatif utama McDonald's di bawah program #McDSayangCikgu untuk menghargai guru-guru yang telah memberikan semangat untuk pelajar mereka. "Kami percaya guru berperanan penting bukan sahaja untuk perkembangan akademik kanak-kanak, tetapi juga nilai peribadi mereka. Mereka mempunyai pengaruh positif terhadap seseorang pelajar sehingga boleh membina hubungan yang jauh meskipun di luar kelas,’’ ‘’McDonald’s komited memastikan para guru berasa dihargai dan sentiasa memberikan inspirasi yang kepada orang lain untuk menentukan tindakan lebih besar dalam mencapai kejayaan,’’ kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald Malaysia, Melati Abdul Hai. Tambah Melati, McDonald's turut berkongsi penghargaan melalui pemberian makanan percuma pada Hari Guru, menganjurkan seminar motivasi tahunan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran baru dan pengacara bagi sambutan Hari Guru di cawangan McDonalds. Justeru, kongsikan kisah inspirasi guru anda dengan tiga langkah mudah ini: Langkah 1: Log masuk pada https://www.mcdonalds.com.my/en/anugerahguruinspirasi Langkah 2: Tuliskan bagaimana guru memberikan inspirasi kepada diri anda (boleh dalam Bahasa Malaysia, English atau Mandarin). Langkah 3: Kongsikan gambar atau video (pilihan) Kriteria calon yang akan disenarai pendek adalah guru yang boleh meningkatkan prestasi akademik pelajar, menggunakan kaedah pengajaran inovatif dan out-of-the-box, melampaui tugasan dan berupaya menghasilkan impak positif kepada pelajar.

Soalan popular

Artikel Berkaitan