Start baby usia 3bulan dah ada ubat sis tapi kena under prescription dr ye. Baby saya pun bulan ni nak masuk 5bulan. Skrg 4bulan17hari. Baru-2 ni demam (maybe berjangkit dengan ahli keluarga yg lain). Saya terus ke hospital. Dr check paru-2 still ok & clear. Nafas pun ok, tak terlalu laju sangat. Cuma dr suggest suruh sedut kahak sbb kahak bnyk dekat tekak & hingus pun meleleh-2. Dr bagi ubat demam & ubat cair hingus. Lebih kurang 3 kali kena sedut kahak (2 kali sedut kahak di klinik biasa, dr ada bagi ubat antibiotik). Selain dari tu apa yg saya buat adalah, pantau suhu baby (setiap beberapa minit mesti monitor suhu). Kemudian, mandi mcm biasa (dua kali sehari pada waktu pagi & petang menggunakan air suam-2 panas gitu cuma waktu pagi selalu cuaca sejuk jadi saya akan lewatkan sikit waktu mandi.. biasa mandi dalam pukul 9 lebih mcm tu, bila tngh demam saya mandikan dalam pukul 10 ke atas). Saya akan pakaikan dia baju yg berlubang-2 & longgar-2. kadang bila suhu badan terlampau panas, saya akan bukak baju & seluar dia (bagi pakai pampers je). Kadang waktu siang, tambah-2 dengan cuaca panas ni saya hanya pakaikan baby seluar je.. baju tak pakai. Saya akan ambik kain tuam dekat badan baby (masa dekat hospital, dr advise tuam dengan air suam-2 je jngn pakai air sejuk sbb boleh trigger suhu badan naik lagi tinggi). Selain dari tu, saya akan tampal jgakk coolfever dekat dahi @ belakang badan, sapukan vicks khas utk baby. Saya standby sterimar jgakk. Lepas je minum susu, tunggu dalam setengah jam mcm tu baru bagi minum ubat. Alhamdulillah baby dah tak demam cuma selsema & batuk kahak ada sikit lagi. Besok dah nak kena cucuk 4bulan. Harap-2 baby tak demam lah. Skrg ni musim org sakit & penyakit pun mudah berjangkit. Struggle sangat jaga baby sakit ni, dia punya demand tu Allah je thu. Kita ibu-2 kena sentiasa alert dengan persekitaran semasa. Tngok dia kena sedut kahak pun saya boleh menangis sekali. Biar lah kita yg sakit, jngn baby sakit. Huhu.
Baca lagi