Mungkin Puan boleh cuba BLW method. Bagi baby explore dengan makanan.
Jangan paksa, bila paksa nanti akan buat anak trauma untuk makan. Sebab mereka dah tahu, suasana makan tu macam mana. Jadi mereka tak suka.
Baby muntah tu as in muntah keluar balik atau hanya gagging reflex? Satu lagi, kita jangan set kan portion berapa banyak anak harus makan untuk satu sesi. Nanti kita yang stress bila anak makan tak habis. Seharusnya ikut sahaja anak. Contoh, semasa breakfast anak makan 3 suap sahaja. Tidak mengapa. Mereka masih lagi nak biasakan diri dengan tekstur makanan. Kemudian Puan sambung semula waktu lunch, snack, dinner dan seterusnya. Kita ikut limit dia. Lama lama nanti dia akan terbiasa.
Sorry kalau panjang sangat. Saya pun first mom. Harap membantu 🤗
cici