Baby 7 bulan taknak makan

Anak sy dah nak masuk 7 bulan tapi masih taknak makan lagi. Dah buat macam2 mula dari bubur kosong, bubur campur sayur, puri buah, bubur campur serbuk ikan bilis nak kasih masin pun dah, sampai sy try bagi bubur cerelac pun dia uwek2 sampai termuntah.. Kadang sampai nangis.. Bila disuap dia pandai tolak keluar guna lidah dia lepastu tutup mulut rapat2.. Mcam mana ye nak kasih baby nak makan?? 1st baby takda pengalaman.. Risau dah nak 7 bulan ni tapi tak makan2 lagi.. Sy tengok baby orang lain excited nak makan.. Mohon petua ibu2 semua.. Terimakasih.. #pleasehelp #firstmom #firstbaby #bantusharing #ingintahu

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Mungkin Puan boleh cuba BLW method. Bagi baby explore dengan makanan. Jangan paksa, bila paksa nanti akan buat anak trauma untuk makan. Sebab mereka dah tahu, suasana makan tu macam mana. Jadi mereka tak suka. Baby muntah tu as in muntah keluar balik atau hanya gagging reflex? Satu lagi, kita jangan set kan portion berapa banyak anak harus makan untuk satu sesi. Nanti kita yang stress bila anak makan tak habis. Seharusnya ikut sahaja anak. Contoh, semasa breakfast anak makan 3 suap sahaja. Tidak mengapa. Mereka masih lagi nak biasakan diri dengan tekstur makanan. Kemudian Puan sambung semula waktu lunch, snack, dinner dan seterusnya. Kita ikut limit dia. Lama lama nanti dia akan terbiasa. Sorry kalau panjang sangat. Saya pun first mom. Harap membantu 🤗

Baca lagi
2y ago

Yg biskut tu dia pegang sendiri masuk mulut.. Sy dudukkan dia kat riba..