Anak sukar tidur apabila ayah dodoi
Anak sy baru berumur 3 bulan nak masuk 4 bulan. kesihatannya semuanya baik Alhamdulillah. Bermain, tidur dan waktu susu semuanya baik. Tapi setiap kali nak tidur, dia mesti nak saya saja yg tidurkan dia. Dengan ayahnya dia tidak mahu dan akan menangis sekuat hati, dengan nenek dan atuk apetah lagi. Puas dah suami sy buat mcm cara nak bg anak selesa dan boleh tidur dgn dia tp tak menjadi. Apa patut kami lakukan utk biasakan anak selesa dan boleh tidur di pangkuan ayahnya? #firstbaby #firstmom