gigi bayi …

anak sy 11 bulan da ada gigi 10 btg da bole gosok k atau still lap je? sbb ggi anak ada karak la sikit😅mcm mne ya? and da perlu ke guna ubat ggi utk baby tu atau setahun baru start? #ingintahu #firstmom

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Anak saya juga telah mencapai usia yang sama ketika giginya mula tumbuh. Untuk memastikan gigi anak terjaga dengan baik, adalah baik untuk mula menggosok giginya sebaik sahaja gigi pertama muncul. Anda boleh menggunakan sikat gigi bayi yang lembut dan air bersih untuk membersihkannya. Namun, jika giginya sudah banyak dan ada tanda-tanda plak atau karang gigi, adalah baik untuk memulakan rutin pembersihan gigi dengan pasta gigi khas untuk bayi yang mengandungi fluorida. Pasta gigi khas bayi ini biasanya direka khas untuk memenuhi keperluan mereka yang sensitif dan tidak sesuai untuk mereka yang di bawah 2 tahun. Lebih baik konsultasikan dengan doktor gigi kanak-kanak untuk nasihat yang lebih tepat. Anda juga boleh memulakan lawatan pertama ke doktor gigi bayi sekitar usia satu tahun untuk pemeriksaan dan nasihat lanjut tentang penjagaan gigi anak. Jangan lupa, selain dari membersihkan gigi, penting juga untuk menjaga diet yang seimbang dan mengelakkan makanan yang terlalu manis atau lengket yang boleh merosakkan gigi. Semoga ini membantu! 😊 #ingintahu #firstmom https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

Saya Dr Gigi. Anak boleh pakai ubat gigi kalau dah pandai ludah. Kalau belum, pakai berus gigi sahaja dulu, ubat gigi boleh pakai tapi jangan hari2. Jumlah ubat gigi, hanya sapuan nipis sahaja atas berus, hanya ubat gigi kanak2. Karang kalau terlalu banyak boleh buang di klinik, tapi cuba buang dengan cara berus gigi dahulu. Biasanya mudah tertanggal. Jarang kami buat scaling pada bayi.

Baca lagi

Bila anak dah tumbuh gigi yang pertama, kena mula gosok gigi menggunakan toothgel and toothbrush. Kenapa toothgel? Sebab anak belum pandai meludah. Bila anak dah pandai meludah, baru tukar ke toothpaste. Tambahan, bawa anak ke dental checkup. Dentist akan buat sapuan fluoride setiap 4 bulan sekali. So yeah, bawa anak pergi dental checkup ya mommy. You will get necessary advice

Baca lagi
4mo ago

Boleh mommy☺️ Actually once anak dah tumbuh gigi yang pertama, dah boleh pergi dental checkup.

gosok sis. dh 10 btg. ank sy ritu. 6 bln dh 6btg gigi tumbuh serentak. pendek2 je. nk gosok pn xnmpk sgt. sy gosok guna kain tp duk xlama die ketap2 gigi. dh jd serpih jd gg sensitif. pstu lgsg xbg dh sentuh gg die. sengal agaknya. pastu jd xcntik dh gg 4 ats tu. rongak😅

4mo ago

i see sis pkai brush ape eh? sis ada pkai ubat gigi yg khas ke ?

kena gosok sis nt rosak gg dia. anak sy 1t 8b sy gosok hari² sekali dgn lidah. caranya tidurkan dia, lepas tu kita duduk kita kepit kaki dan tgn dia dan geletek biar dia gelak. time dia gelak tu la kita gosok gg dan lidah dia pakai berus gg khas utk umur dia.

ank sy 1thn 4bln. sy gosok pkai silicone toothbrush tu je. gigi br 8btg. awl yer ank awk tmbuh gigi.

start mase ade gg tu dh boleh berus dh. pkai ubt pon xpe klau anak dh pndai berkumur

ank sye bru ad dua btng gigi doc dgn nurse dh suruh guna berus gigi

tumbuh gigi 1st dulu lg dh patutnya gosok