36 Balas

sabar sis,setiap anak perkembangannya tak sama. Anak sulung saya 11 bulan dah berjalan. Anak ke dua saya 1 tahun 2 bulan baru berjalan. Yg penting anak sihat,aktif,dah pandai berdiri pegang² meja pun okey dah tu. Setiap hari boleh pegang kedua tangan anak,dan ajar dia berjalan. Boleh juga awak berdirikan anak,pastikan seimbang dan lepas perlahan². Jarakkan selangkah dua antara awak dan anak,kemudian panggil anak untuk berjalan kearah awak. Lakukan selalu ☺️

Jangan risau, fasa berjalan untuk anak adalah sampai 18 bulan, iaitu 1 tahun 6 bulan. Kalau anak dah pandai berdiri sendiri itu sudah bagus, puan boleh ajar dia tatih tak pun puan dekat belakang anak pegang ketiak dia sambil ajak dia kejar belon/bola. Pada masa yg sama boleh exercise otot kaki anak. Nanti slow2 boleh pegang dekat jari anak pulak biar tatih sendiri.

Terlalu awal nk risau ..sb anak baru setahun, dia baru nk belajar imbang badan..sy pernah jumpa anak yg setahun 6bulan baru pandai jalan..dulu sy pun risau, klu anak da stahun xpandai jalan, tp bila tengok ibu2 share, kebanyakan range normal anak berjalan 12m- 18m..klu lg awal berjalan tu, mmg terbaik la kan..yg baru masuk stahun boleh latih anak lg, boleh beri sokongan😄

betul tu betul..anak saya baru 1 tahun..keinginan dia nak bjalan sangt tinggi,tapi dia teragak² lagi nak bjalan..kadang kala saya sendiri ajar dia bjalan..cara bjalan sendiri..orang kata,setiap anak tak sama..lain²..ada yg jnis dah pandai bjalan..tapi tak pandai bcakap lagi. dan sebaliknya..so,jangan risau

anak saya dah berjalan dah. 6/5 ritu genaplah setahun. kena stimulate jugak. rumah saya xda walker, tapi guna baldi or kereta mainan yg bergerak bagi dia berlatih jalan. kaki dia selalu pijakkan kat batu, rumput. selalu suruh dia pegang somethinglah n berdiri. apa2 kena stimulate anak ya.

takpe jangan risau. maybe dia belum bersedia..just slow2 ajar dia takteh sambil pegang tgn dia. if baby tak nak jangan push nanti dorg stress. kalo baby still xboleh jalan sampai umo injak 2 tahun boleh rujuk pada pakar

rajin ajarkan jalan. insyallah

sabar sis, kekadang cepat dan lambat tu akan tetap berjalan jgk anakmu yang penting kita usahakan untuk ajar anak berjalan dengan mcm2 teknik seperti bercangkuk,berdiri bersandar kan dinding utk sokongan utk berdiri anggap lah rutin setiap hari.

try bwak anak pegi pantai..bagi kaki ank pijak² pasir lpas tu tanam² sikit kat pasir..ni petua org² tua dulu..kkak² ipar sy selalu amalkn ni klau baby dh masuk 6 bln..

terima kasih sis atas tips.. anak sy dah setahun 23hari pon masih belum berjalan sendiri..saya akan cuba bawa dia ke pantai main3 pasir🥰

ank sy 1 tahun 21 hari pun blm pndai bjln juga. tp dah pndai nak melangkah bila sy pgg dia jln... cumanya kalau nak pgg meja ke kerusi ke utk bangun bdri dia tak pndai lagi, tapi kalau sy duduk depn dia ,dia pndai nak tarikh baju sy atau pgg sy utk bdri...

Sama sis, ank saya tk pndai lagi nk capai almari ke berpaut, tpi klau paut kt kita berdiri dia pndai 🥲,

setiap anak tak sama.ada anak cepat jalan,ada lambat.biar dia merangkak sepuasnya.bagi otot² badan dia kuat.nanti dah berjalan penat pulak nak kejar.anak saya 1 tahun 2 hari baru 2 3 tapak.tapi dah pandai memanjat kerusi.kita pulak risau jatuh.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan