Bayi 6 bulan taknak makan tapi nak menyusu je.

Anak saya tiap kali selepas bagi makan mesti dia nangis nak menyusu. Takpe ke tak bagi penjarakkan antara makan dan menyusu sebab dia menangis je kalau tak bagi susu. Dia makan pun sikit je. #firstmom #SeriusTanya #ingintahu

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sebaiknya anda memberi jeda antara waktu makan dan waktu menyusu. Pada usia 6 bulan, bayi mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan jadual makan yang tetap. Anda boleh cuba memberi makan pada waktu yang tetap setiap hari dan memberi susu selepas itu. Dengan ini, anak anda akan belajar untuk mengenali perbezaan antara waktu makan dan waktu menyusu. Jika dia menangis, cuba lah untuk menenangkan dia dengan lembut dan memberi kasih sayang. Ini adalah proses pembelajaran bagi bayi, jadi bersabarlah dan terus memberikan sokongan kepada anak anda. https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

Ambil masa seminggu dua sis utk baby kenal rutin makan dan menyusu dia.. baby sy pun awal2 camtu juga.. cuba tetap rutin masa makan dia.. contoh setiap pukul 12-1pm ke camtu.. so far baby sy ok dia dah tahu timing makan dia pukul berapa skrg..

Yg saya tahu sebelum makan better gap kan at least 30min dgn susu. Lepas makan no problem. Anak saya mcm tu juga malah dia tidur terus time df sbb kekenyangan

mmg kena ada penjarakkan ke? sebab anak saya pun macam tu juga lepas makin mesti nak susu lepastu tidur

6mo ago

sy bagi fm. nurse sy kata kena jarak dalam sejam.

blh je bg..sy ikut permintaan bb.sbb mmg Jenis ank sy lepas mkn pun tetap nk nyusu

Kalau baby minum susu ibu takde masalah. Kalau fm better jarakkn dlm sejam.