Resepi makanan baby untuk yang demam/sakit tekak/selsema

Anak saya kalau tiap kali tak sihat, saya akan buat bihun sup baby shj. Sesuai untuk umur 8 bulan ke atas. Bihun tu guna yang baby punya brand, perisa brokoli sebab senang hadam. Bahan: Bihun baby perisa brokoli Telur 1 biji Perisa ayam (untuk mknan baby) Garlic powder Mula2 rebus je air jgn byk sgt, cukup utk buat sup dan letak perisa ayam dan garlic powder dalam 1 sudu kecil. Lepatu masukkan bihun baby dan biar dia kembang kejap. Kalau air makin kurang boleh tambah sikit air lagi, dan bila mendidih masukan telur ke dalam. Jangan kacau telur tu terus, biarkan sekejap baru kacau agak2 ada texture dan baby boleh telan telut bila makan nanti. Sebelum angkat, rasa dulu bihun tu dan sup , Kalau dah lembut dan sup pun sedap, boleh tutup api. Kalau sup tak rasa sgt boleh tambah lagi serbuk ayam baby dan garlic powder. InShaAllah senang nak telan sebab lembut dan sup penuh protein untuk tenaga baby pulih balik. Selamat mencuba🎊 #resepianakanak #tips

 profile icon
Tulis jawapan
Jadi orang pertama untuk membalas!