Milk booster dan pam susu.

Hi, anak saya guna susu fm tp dia suka hisap puting badan. Jadi saya rasa rugi pulak sbb susu badan saya sikit. Kalau pam pulak. Selalu dpt 1 oz ja.. Paling banyak pon 1.5 oz ja. Jadi saya raya down nak pam lagi. Boleh suggest milk booster apa yg pam apabyg sesuai. Setakan nih saya ada 3 jenis pam. 1st pam electric annakku, 2nd wearable pam, 3 mikubi wearable pum. Semua susu keluar sikit. Cuma annaku tu dia ada bagi sekali pam tangan tu. Bila pam manual baru la keluar susu banyak sikit tp tu la jenuh nak pam. Saya pulak dah nak start kerja susu masih kurang, nak buat stock tqk cukup 😢. #firstmom #firstbaby #bantusharing #mintapendapat

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Puan, boleh dapatkan bimbingan daripada kaunselor penyusuan bertauliah berdekatan puan. Nak susu mencukupi untuk ibu& anak: Pastikan puan tak stress, happy. Niat kerana Allah Doa Minum air kosong secukupnya Makan makanan yg baik Kerapkan penyusuan direct feeding / pam setiap 3 jam. (inilah milk booster terbaik) Pastikan penyusuan yg betul. Pastikan puting payudara bersih tiada kerak susu/ daki di puting. Bersihkan secara gentle. Buat senaman dada. Pastikan alat pam susu (corong) sesuai dgn puting. Jika semua di atas tak membantu, dapatkan bimbingan daripada kaunselor penyusuan bertauliah berdekatan.

Baca lagi