Makanan anak 6 bulan.

Anak saya dh start makan dari minggu lepas. 2 3 hari pertama makan saya bagi bubur kosong blender halus. Anak makan 3-6 suap. Seminggu saya bagi kosong minggu ke 2 saya dh bagi bubur kosong dan buah. Alhamdulillah minggu ke 2 anak makan makin banyak.. tpi tu lah saya belum sempat nak buat bubur + ayam @ ikan. Tak pe ke saya lambat sikit buat bubur campur dekat anak. Selalu kan org buat 4 days rule.#seriusnanya #ingintahu #firstmom #pleasehelp #firstbaby #bantusharing

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

sebenarnya 4 days rule (dr) tu tak wajib pon pakar pemakanan kte. klo nk intro terus bby makanan lengkap pon boleh. tapi klo ibu risau bby allergy, boleh follow 2/3/4 dr. start dgn bubur kosong. tambah 1 jenis sayur setiap selepas 2/3/4 dr. kemudian, nurse kk pesan protein bagus intro paling lewat minggu ke-3 atau awal 7 bulan tu dah bagi bby makanan lengkap. jadi ibu boleh buat menu bubur+ayam+sayur yg bby dah pass makan. puri buah plk boleh beri waktu snacking time. klo sis risau tak sempat, pagi tu sis terus buat portion utk makan lunch & dinner. then, packing siap2 dlm bekas kecik2 bubuh dekat chiller. 1x meal time=1x bekas. time makan, ambil satu bekas makanan tu dan steam utk panaskan. atau boleh juga rendam bekas dlm air panas sambil kacau makanan guna sudu. biasa sy buat utk 2 hari terus. tak habis makan, jangan simpan balik bekas makanan tu ya. tak rumit pon sebenarnya klo ibu jumpa cara yg sesuai dengan masa & situasi ibu. cth: nak prep weekend ke, then hari bekerja ibu nak masak tinggal masuk bahan je ke. atau nak buat kaedah frozen, then cube makanan tu tinggal masak dalam periuk ke. nak masak hari2 fresh ke. terpulang dekat ibu. masuk 7 bulan nanti dah boleh intro finger food plk. boleh google menu finger food dlm apps asianparents atau join group fb happy baby food malaysia. tak banyak sangat pon portion bby makan awal2 ni ibu. btw, 3-6 suap tu pon bagus bby ibu makan. semoga membantu. 😊

Baca lagi
3y ago

thank you sis. saya baca reply sis yang detailed, dah faham. ini sgt membantu.