anak tak berak

anak saya dah 4 bulan 19hari, tapi dah lama dia tak berak. normal ke? mmg ada kentut2 tapi kita tetap risau sebab dulu asyik berak. tetiba dah tak berak langsung

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Apabila bayi berusia 4 bulan 19 hari tidak berak selama beberapa waktu, ini boleh menjadi tanda masalah pencernaan. Biasanya, bayi membuang air besar beberapa kali sehari, tetapi pola usus mereka boleh berubah dari semasa ke semasa. Namun, jika bayi anda tidak berak selama beberapa hari, mungkin perlu diberikan perhatian. Anda boleh mencuba langkah-langkah berikut: 1. Pastikan bayi anda mendapat cukup cecair dengan memberi susu yang mencukupi. 2. Perbanyakkan aktiviti merangsang perut bayi seperti memijat perut secara lembut. 3. Berbincang dengan doktor kanak-kanak untuk mendapatkan nasihat yang lebih terperinci dan mungkin pemeriksaan jika perlu. Jika masalah ini berterusan, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor untuk mengenal pasti punca sebenar dan langkah-langkah penyelesaiannya. Buat janji dengan doktor kanak-kanak adalah langkah terbaik untuk menyelesaikan kebimbangan anda berkenaan keadaan anak yang tidak berak selama tempoh yang lama. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Ank sy 4 bln 15 hari. Rekod paling lama x berak 17 hari 🥴 tp alhamdulillah xde sembelit, xde meneran teruk. Fully bf. Sy cuma perati perut dia lembut, kentut kerap, sendawa tiap kali mnyusu, menyusu kerap mcm biasa. bila dh melepasi 14 hari tu memang risau gak. Sy kerapkn urut ILU kat perut dia, urut tapak kaki betis, senaman kayuh basikal dan tuam bhgian perut

Baca lagi

anak sis fully bf ke? klau bf max 14 hri tpi make sure perut lembut xkeras bila tekan kerap kentut baby tak meragam .. klau fm baby ptutnya berak hari2 .. klau sis masih risau better bwk ke doc

6mo ago

setakat ni dah 6 hari tak berak. susu ebm sepenuhnya.

Anak saya pun macam tu dulu masa umur 2 bulan lebih. Seminggu paling lama. Sampai bawak ke klinik. Doc cakap if dia kentut dan perut tak keras okay je.