Susu tepung

Anak saya 4bulan. 4bulan juga la fully susu badan. Sejak2 ni, susu saya drop walaupun dah minum booster hari2. Saya dah cuba bagi anak susu tepung, tapi dia terus muntah. Saya dah try lactogen, dutchbaby, dupro, s26 semuanya dia taknak dan muntah. Ada tak susu yang lebih kurang rasa mcm susu ibu eh??

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

sama!!! ank sy jgk 4bln, lahir 8/8..full bf, bile bg fm start susu nan, dupro, s26, ductbaby semua xjln 😂 alahai ank ak kan dia mark rasa susu mami dia, sy pergi farmasi, farmasi suggest susu snow, alhamdulillah ank sy mnum 😅

puan da tahu ke punca dia knpa susu bdn drop? lebih baik bg kat anak susu bdn. nak suggest susu formula cm rasa susu bdn, sy kurang pasti. klu puan kerapkan lagi penyusuan kat anak, insyallah susu bdn akan terhasil lebih byk.

try susu morinaga. Tapi susu ni hanya ada dkt farmasi je. Boleh try. setakat ni anak saya susu campur breastmilk & formula ni, okay. Najis pun okay xde isu cirit atau sembelit.

kdg ada anak yg tak boleh minum susu lembu,,boleh cuba try susu soy,,