Tak suka keluarga mentua

Amaran luahan panjang. Kalau komen rasa gatal nak kecam ke nak complain ke sila hentikan diri anda sendiri. Saya tak suka keluarga mentua. Bukan saja-saja saya tak suka. Sebelum beranak ni ok lagi. Lepas beranak mula tak suka. Ada antara mereka yang tak respect saya langsung sebagai ibu kepada anak saya dan lagi teruk tak respect saya sebagai manusia, isteri kepada ahli keluarga mereka jugak. Dorang anggap saya ni entah siapa-siapa. Macam lupa saya ni wanita educated, mak ayah saya didik saya dan hantar saya belajar tinggi-tinggi, pastikan saya dapat kerja bagus, circle saya memang penuh dengan orang educated, separuh saja dah doktor dan jururawat. Mungkin dorang lupa saya ni ada hati dan perasaan. Mak mentua. Saya dah luah sebelum ni. Dalam pantang pun dah serabutkan saya sebelum ni. Sekarang? Dah pandai main calit-calit air sunquick ke mulut bayi saya dengan alasan nak buat rasa-rasa. Walaupun saya dah tegas cakap "jangan lah. Dia kecik lagi" dia pandai menjawab "alah nak buat rasa rasa" Rasa apa ye makcik? Saya ni MAK budak tu tau. Kalau MAK budak tak bagi keizinan bukan ke nenek takde hak nak buat apa-apa? Kalau nak bagi bayi rasa rasa pergi buat anak sendiri. Dah la suka bukak aib saya merata. Kalau boleh satu kampung dia nak bising cerita saya beranak cser, berpantang taknak makan haruan, dalam pantang dah makan telur. Canang la satu kampung hal family. Mak saya sendiri pun tak buat macam tu. Buat apa cerita kat orang? Jadi bahan umpatan? Lepas tu suka banding-bandingkan anak saya dengan anak sedara dia yang baru lahir. Annoying. Tak bersyukur langsung. Dah dapat menantu kerja tetap, gaji sedap, dapat guna kereta menantu, anak dia pun dapat duk rumah banglo sebab menantu yang kena canang aib ni la beli rumah. Patutnya bersyukur bukannya burukkan menantu. Keluarga saya sangat hormati suami saya. Suami saya dilayan macam raja kalau dia balik rumah keluarga saya. Saya? Segala cerita orang tahu. Mulut memang macam.....entahlah. Sampai ada makcik cakap kat saya "harapnya anak awak tak ikut perangai nenek dia" saya aminkan cepat2.. hahah. Segala benda tak kena kat mata dia. Saya harap benda ni tak berbalik kat anak perempuan dia. Pak mentua. Nampak educated tapi...errr... bapak oiii baby tu baru 3 bulan! Nak lambung-lambung apa pak? Alasan dia "nak ajar baby lasak-lasak" Ehhhhh ni mak dia tau. Mak dia pun tak pernah lambung-lambung. Mak dia riba punya lembut! Tepuk nak burp pun lembut je. Dapat kat pak mentua.... hah. Dahla suka kacau anak tidur. Bila anak saya menangis pandai pulak bagi kat saya balik dengan alasan "alaa dia nak mak dia" No pakcik no.. pakcik kacau dia tidur sebab tu dia mengamuk. Buat tummy time pun dia marah. Time dia marah tu saya gelak sebab saya kesian kat dia yang takde ilmu, even saya dah explain tu tummy time untuk kuatkan leher baby pun dia marah cakap lengan dia tak kuat. Alahai pakcik.. tu la suruh belajar, gali ilmu takmau.. menantu ajar pun tak dapat terima. Yelah pakcik sorang je betul. Mak-mak sedara laki saya. Allah... ni lebih sudu daripada kuah. Yang sorang tu pandai mengajar saya cara jaga anak. "Kenapa tak pakaikan stokin" saya tenung tajam saya jawab "cuaca panas kan???" Anak dia tu pakai pampers saja takpa pulak. Saya pun tak bising. Anak dia dera anak kucing takde orang nak marah? Alasan "marah macam mana pun gitu jugak" hah tu lah sibuk pasal anak orang anak sendiri tu tak terdidik lagi makcik oi. Sorang lagi sibuk jugak... nak suruh anak dara dia mengasuh. Tak kuasa aku. Aku duit banyak aku rela bayar daycare. Kang entah apa disuap kat anak saya. Komplen pasal daycare. "Untung pengasuh dia jaga separuh hari je tapi bayar full" pastu dah kenapa? Ingat senang ke jaga baby orang? Dah orang banyak duit biarlah nak bayar daycare ke apa?? Nenek laki saya. Terpaling segala hal. Mak mentua ngadu kat dia lah saya larang calit air sunquick. Dia cakap apa "nenek dulu lenyek nasi bagi kat baby baru lahir." Masa tu memang geram nak menjawab "patut lah anak nenek ada yg macam kurang perkembangan otak. Orang ajar benda betul taknak terima" Masa tu geram sangat tapi tahan je. Ada satu hari tu dia calit garam kat mulut baby saya masa tu baby baru nak masuk 3 bulan. Dia menangis meraung sebab overtired and bahang panas dalam rumah dia. Alasan dia calit garam tu sebab nak halau hantu. Saya dah cakap "baby letih tu... " dia tetap nak calit garam dia. Susahla jenis terpaling betul and tak boleh langsung fikir ada boundaries antara dia dan cicit dia sebab cicit dia ni ada mak lagi. Common sense la mintak izin mak dia kalau nak buat apa pun. Dalam kereta saya marah husband "dah nampak anak mengamuk cepat-cepat lah balik??? Nak melepak apa lagi??" sebab dia pun macam tak faham bahasa tak boleh nak tegas langsung protect keluarga kecil dia ni. Beza lah dengan abang saya. Abang saya sangat tegas kalau bab lindungi keluarga dia. Mak sedara kami pun dia sanggup tengking. Saya tahu saya kena hormat keluarga suami. Ye saya hormat selama ini, berbual mesra dengan mereka sehinggalah mereka gagal menghormati saya sebagai menantu, anak orang, dan ibu kepada cucu cicit mereka. Saya dah tak mampu menghormati mereka dan berbual mesra dengan mereka. Kalau mereka tahu layanan keluarga saya terhadap anak/cucu lelaki mereka, mesti mereka takkan layan saya macam tu. Saya tak tahu sama ada mereka akan rasa malu atau tak. Common sense mereka seolah-olah tak wujud. Selain trauma proses beranak anak yang baru sorang, layanan yang saya dapat pun membuatkan saya tak sanggup nak beranak lagi sekali walaupun saya berhasrat menambah cahaya mata.

82 Balas

Hilang kesabaran saya kalau hadap macam ni.. Jadi menantu derhaka pun takpelah demi kesihatan & keselamatan anak saya.

Kalau family in law mcmni.. kita yg lembut2 tersipu malu pun lama2 terpaksa jadi garang sbb tknk dorg langgar batas.

elok pun kalau sis sekolah kan depa tu... bg saya, keluarga mentua tetap orang luar.. xde istilah keluarga

Betul sis. Saya setuju bab orang luar tu. Maybe sebab tu kot layanan betul2 macam orang luar. Tak consider langsung perasaan saya.

Same goes with my situation . Org tua saya kata.. sabarjela fgn perangai mil n family

kita yang baca pun sakit hati , apa lagi yang merasa aduhaii , kuat ye sis

Mcm drama la sis! For me simple je.. x yah blek or kurgkn blek rumah mntua..

Sebelum beranak boleh kata hari2 kena balik situ sebab ada majlis tahlil. Kitonyo masa tu dah sarat. Nak pergi mana-mana pun malas. Laki saya ni takut sangat dengan mak dia tu. Dia tahu saya tak larat bawa perut tapi yelah terpaksa pergi jugak. Time tu pun saya dah kena macam-macam.. Mak dia bagi ikan haruan pun dia dah cakap siap-siap "kalau saya tak bagi sayang makan ni.. saya dikira anak derhaka" IKAN HARUAN JE PUN?!! Mak mentua aku ni laaaaa.... hidup pun menyusahkan orang haha geram!!!!

sama..sy pun x suka.keluaga mertua tmasuk ipar2 sy..sy bthn sbb suami jak..

Yes saya pun bertahan sebab suami. Dalam ramai-ramai family dia tu suami saya je macam berotak. Yang lain macam takde otak takde common sense.

kuat ny awk sis. salute. klau sy mmg dh stress gilerrr 😭

astaghfirullah dah kenapaaaa family suami you sis 😭

Angkat kaki duduk sendiri2. Tu je solusi nya sekarang.

Soalan popular