Pregnant 2nd baby tapi 1st baby baru 1tahun 6 bulan & masih menyusu badan

Alhamdulillah saya pregnant untuk anak kedua. Saya bersyukur sangat. Saya masih bf anak 1st. Dan saya yakin saya boleh bf anak 1st sampai dia 2 tahun walaupon sekarang saya tengah pregnant anak 2nd. Tapi mil saya cakap saya kena stop bf anak 1st sebab sekarang saya dah pregnant jadi susu saya dah bercampur dengan darah dan kena bagi botol susu dekat anak 1st. Masalahnya anak 1st saya memang tak nak botol dan dia bf saya dari lahir… Lain pulak dengan mak saya sendiri. Mak saya cakap jangan stop susukan anak 1st. Nanti anak 1st tu sendiri akan stop susu dengan sendirinya sebab dia rasa lain pada susu tu sebab susu akan proses susu kolostrum untuk baby dalam perut. Dan mak saya tak ada cakap berkenaan darah dalam susu. Jadi mana satu yang betul ni.? Ada ibu2 yang ada pengalaman macam ni tak? #bantujawab #bantusharing

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

pregnant berapa bulan? ada minta pendapat doc juga tak berkenaan ni? ada sstgh ibu takboleh teruskan penyusuan semasa hamil atas sebab faktor kesihatan dll-- bergantung pada keadaan ibu, dan dari saranan doc. kalau tiada apa apa masalah, boleh teruskan penyusuan spt biasa. tapi sebaiknya 2y tu dah wean off. ibu boleh focus ke adiknya pula. 😊 soal darah tu tak pernah pula saya dengar dan baca dimana mana platform.

Baca lagi

sama mcm sy TGH mengandung anak kedua.. ank pertama masih menyusu dgn sy.. da tnya doktor .. doktor XDA mslah nk trus kan menyusu kn anak.. ank da 2 tahun 2 bulan