Gaji atau Kerjaya

Agak lari topik tapi saya nak minta pendapat mummy2 yg lain. Saya seorang suri rumah sepenuh masa dan suami kalau boleh tak nak saya bekerja sampailah anak dah besar sikit nanti. Semalam, suami dapat tawaran bekerja di sebuah syarikat automotif. Suami berminat dengan tawaran tersebut di atas faktor cuti jatuh sabtu ahad, dan public holiday semua cuti. Bukan itu sahaja, dia juga dapat kembangkan kerjaya di satu peringkat yang lain. Benefit company ni bagi saya banyak, sebab nanti suami dapat lebih banyak masa untuk luangkan bersama keluarga dan dia dapat ceburi kerjaya yang dia suka. Cuma gaji yang ditawarkan rm2500, selepas 3 bulan ada kenaikan rm300. Company yang suami bekerja sekarang, tawarkan pada suami rm4000 atas kerana sebolehnya tidak mahu suami resign. Tetapi, company ni, suami cuma dapat cuti satu hari iaitu hari isnin sahaja dan selalunya suami balik kerja lambat. Kedai tutup pukul 7, tetapi nak tunggu closing dan sebagainya, pukul 8-8.30pm baru suami keluar dari kedai. Ada juga hari yang suami balik lambat sampai pukul 9 malam namun tak dibayar ot. Apa pendapat mummy2 sekalian ya?

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

bg pendapat sy pilih kerjaya baru sis.. gaji mgkin awl2 skit, lme2 dye akn naik.. lg pon bnyak benefits yg sis n suami dpat.. kdg2 dlm bekerja pon perlu juga masa utk ank isteri.. suami sis pon dpat rehat lebih bnyak berbanding skrang ni.. yela kan, klau fikir kerja ni mmg xkan pernah habis.. tp rasa as long as gaji 2500 tu mmpu utk tggung keprluan sis its ok. lg pon bersederhana itu lebih bagus❤️ nnti klau gaji dh naik boleh la adjust balik perbelanjaan sis... semoga dipermudahkan segala urusan sis ye..

Baca lagi