Gaji atau Kerjaya

Agak lari topik tapi saya nak minta pendapat mummy2 yg lain. Saya seorang suri rumah sepenuh masa dan suami kalau boleh tak nak saya bekerja sampailah anak dah besar sikit nanti. Semalam, suami dapat tawaran bekerja di sebuah syarikat automotif. Suami berminat dengan tawaran tersebut di atas faktor cuti jatuh sabtu ahad, dan public holiday semua cuti. Bukan itu sahaja, dia juga dapat kembangkan kerjaya di satu peringkat yang lain. Benefit company ni bagi saya banyak, sebab nanti suami dapat lebih banyak masa untuk luangkan bersama keluarga dan dia dapat ceburi kerjaya yang dia suka. Cuma gaji yang ditawarkan rm2500, selepas 3 bulan ada kenaikan rm300. Company yang suami bekerja sekarang, tawarkan pada suami rm4000 atas kerana sebolehnya tidak mahu suami resign. Tetapi, company ni, suami cuma dapat cuti satu hari iaitu hari isnin sahaja dan selalunya suami balik kerja lambat. Kedai tutup pukul 7, tetapi nak tunggu closing dan sebagainya, pukul 8-8.30pm baru suami keluar dari kedai. Ada juga hari yang suami balik lambat sampai pukul 9 malam namun tak dibayar ot. Apa pendapat mummy2 sekalian ya?

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Better yg 2500 lah kot bg sy.. drp ribu riban tapi mase yilekk dgn anak bini.. kje cuti sehari ni pyh kalo tiber anak2 x sihat ke ape ke.. public holiday pun tak cuti kan.. pyh2.. kalo kje yg gaji 2500 tu byk mase, blh buat side income lain if takde ape2 anak bini sihat kat umah.. tu pendapat sy laa..

Baca lagi
3y ago

Klu sy pn stuju part ne.. Sbb ada kenaikan gaji lg.. Hidup bersederhana lbh baik dpda duit bnyak2 tp xda masa untuk anak dan bini lg2 hujung minggu.. 😢