Nama
Adakah seorang ibu tak layak beri nama untuk anak yang dikandungnya hanya kerana suaminya anak yang taat dan mengikut cadangan nama ayahnya,hati seorang isteri menjadi hancur semenjak peristiwa tersebut dan berdosakah jika melayan suaminya tanpa perasaan yang sama seperti dulu?

sy simple je, kalau suami isteri tak boleh toleransi jgn nikah awal2 lagi.. isteri kena jaga hati suami, suami pun kena jaga la jugak hati isteri.. bila dah kahwin jgn libatkan orang luar dalam rumah tangga.. suami kena buat keputusan yang betul untuk keharmonian rumah tangga, sbb suami ketua keluarga.. berbalik pada apa yang sy kata sebelum ni, sebelum kahwin patutnya dah nilai awal2 , mcm mana diri masing2.. suami tu seorang yang macam mana dan isteri seorang yang mcm mana.. cari yang awk rasa selesa dengan dia.. kalau dah jadi mcm ni pandai2 la awk berbincang, jgn hanya pandai bertanya disini tanpa berbincang dahulu dgn suami, cuba selesaikan masalah sendiri. Tak elok cerita pasal rumah tangga di sini kecuali terpaksa.. tpi dalam keadaan sekarang sy rasa awk belum sampai darurat pun lagi.. so, fikir dengan berhati²..
Baca lagiAnak saya dua dua husband bagi nama. Nama yg saya pilih lgsg die abaikan tapi bagi saya xde masalah as long nama tu ada maksud nama yang bagus. X perlu la sampai nama pon nk bermasam muka dengan husband. Bagus la dia taat boleh jadi role model utk anak anak. Cube jangan asyik pikir diri sendri je. Ada je org lain nama dalam paper lain tapi pangilan nama lain. Panggil la ikot nama yang sendri nak tu. Make it simple
Baca lagiXpe puan pemberian nama ni benda remeh sgt. Sy pon dh ada nma baby tp terpaksa tukar sbb family xsetuju. Tp xpe sy xkecil hati langsung sbb ada banyak benda lain nk pk kan😅 elok juga tolerate dgn org tua/suami mgkin ada sebabtuu kena ambil kira pandangan org lain jugak kita ni pn jgn stress2 sgt t takut effect baby 😘
Baca lagihak memberi nama tu mmg pd si bapa.. tp xsalah klu ibu nk bgi.. bincang & btolak ansur. jgn krn hal kecil kita bmsam muka. Asalkan mbwa mksd yg baik2. Kdg2 org tua ni nak jgak mjadi sbhgian dri kgembiraan ni, tlebih eksaited.. kena fhmkn mreka. semoga sis tabah & sbr 😘
Xapala. Bagi saya bukan hal besar pun sampai layan suami macam tu sekali. Anak bukan sorang kan. Nanti lepas ni, anak yang seterusnya puan yg bagi nama, ok. Bincang siap2 dengan suami. Hal remeh ja ni puan.
random talk, jgn kerana perkara kecil kite jdi isteri derhaka. even hati terluka , ingt satu benda je..xd guna melayan rasa smpai bole rosakkan hbngan suami isteri.. pape pun mksud dn penerimaan nama tu..
Kalau sy.. Sy ok je tp sy tambah la dgn nama yg sy suke.. Cth dia bgi nur sofia. Ambik jela sofia tu gabung dgn nama pilihan kite.. Sofia arfina.. Contohnye la.. Ape2 pon awak rilex k.. Bincang elok2..
Xpe yg penting mksd nama tu..mcm sy husbnd yg letak ..sy apa2 pon bolh jnji mksd dia baik..lagi pon sy kandung ank first jd dia lebh exctd nk letak nama anak sy kasi je..xkish apa2 pun bolh..
Cuba bincang dengan suami elok2 sis. mungkin boleh gabungkan nama pilihan ayahnya dengan pilihan sis. kalau suami berdegil juga, berlapang dadalah asalkan maksud namanya elok ☺️
Sesetengah orang kata remeh. Tapi bg saya penting jugak. Nama kan bawak sepanjang hayat😅. Anak saya 2 perkataan. Satu saya pilih satu husband pilih. Cmtu la kita tolerate😃



mommy to be