Susu botol berbuih

Adakah normal susu dutch baby 0 - 12 bulan. Berbuih banyak jika di goncang , Untuk elak buih banyak saya kurangkan goncang. Ni la hasil nya berketul sikit , ada yang cakap buih banyak tak elok untuk penghadaman bayi.Atau abaikan saja pendapat tersebut goncang saja macam biasa, buih banyak atau tidak , janji susu sekata. Sebelum ni anak guna susu dugro sampai umur 7 bulan, di sebabkan berat tak naik saya tukar kt dutch baby alhamdulillah berat badan naik di tambah dengan mengunakan beras sumo untuk bubur bayi. Sekarang dah 9 bulan #botol #berbuih

Susu botol berbuih
16 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Cara bancuhan yang betul tak perlu goncang awak. Pastikan suhu air optimum. Tak terlalu panas, tak terlalu sejuk. Cukup sekadar lightly shake atau stir lightly. Buih tu la punca angin untuk baby. Jadi ya tak elok untuk penghadaman baby. Sepanjang saya buat susu untuk anak tak pernah lagi berbuih atau tak sekata. Yang penting kena tahu cara. Susu yang saya pernah guna enfalac gentlease, dutchbaby, dan yang terkini fernleaf 123.

Baca lagi
2y ago

Okay je awak. Air suam la tu.

saya pun guna susu dutchbaby 0-12 bulan untuk anak. memang gitu agaknya. bila goncang memang banyak buih. kadang terfikir cuci botol tak bersih ke ada sisa sabun ke 😅. bila goyang ja baru takda buih tapi tula tak larut habis pula. kalau guna air panas atau suam sikit baru ok cuma kalau anak nak minum segera ambil masa sikit la nak sejukkan. kena lalukan air paip sekejap biar turun suhu air susu tu

Baca lagi

sy bancuh susu s26. tuang air panas, letak serbuk susu,goyang2. then letak botol bawah air mengalir untuk turunkn suhu. kadang letak air panas ,air suhu normal sikit,bru letak tepung susu,goyang2 kn. xpernah pulak jadi susu xsekata 🤔 kalau sy buat air millo untuk sy, pernah je jadi xsekata sbb suhu air xpanas. mungkin suhu air tu kena adjust lagi..

Baca lagi

Saya buat susu selalu isi air dulu baru masuk susu, awak takyah goncang sbb tu akan buat anak kembung perut sbb angin. dah masukkan susu awak swirl slow ii pastu dah larut masukkan lagi air sampai takat yang awak nak tu. Suhu air penting untuk elak susu ketul ii.

sy rasa cara sis ni bancuh betul je. mungkin texture susunya ke apa, sebab anak pernah minum dutch baby pon mcmni jgk. tkgoncang kuat pon still berbuih. lepastu tukar dupro baru okay, goyang2 sikit dah sebati.

2y ago

sy tgh otw nk tgu susu rrayyan jugaa oky tk susunya ??

TapFluencer

saya pun pakai susu dutch baby 0-12 bila goncang mmg buih banyak, bila goyang slow akan berketul. saya kacau pakai sudu makesure bukan sudu besi untuk elakkan botol bahagian dalam calar.

2y ago

saya dulu pakai dugro just goyang slow je da terlarut 🤭 mungkin jenis susu dutch baby mmg mcmtu kot

TapFluencer

Sis jangan goncang susu, sbb bila goncang jadi buih punca anak perut kembung. So lepasni boleh ambil sudu kacau , atau pusing2 botol 360 darjah.

2y ago

Anak saya start dri 2 minggu sampai sekrng saya goncang susunya ,mmg berbuih tapi alhamdulillah tak pernah langsung kembung perut sbb saya sentiasa sapu minyak yuyi dkt dia , anak saya pling mudah dijaga sbb bukan jenis meragam pun , paling susah nk dengar dia menangis

sama la pakai ducthbaby jgk.bila goncang byk btul buih. cuba bcuh goyang2 mcm tk hancur susu plk. entah siapa yang salah ku tak tahu ...

2y ago

kan , di goncang berbuih tak di goncang berketul pulak tak sekata so sekarang pakai sudu plastik je larutkan susu dalam botol😅

susu Dutch bby mmg bnyk buih.. sy pakai susu dupro alhamdulillah buih x bnyk berat ank pun naik cantik 4 bln stgh skrg 8kg berat dy

sy pun guna dutch baby guna dupro allahu ank naik ruam kt muka serba slah jadinyaa guna dutch baby juga baby okay