1 Balas

Sebagai seorang wanita yang telah melahirkan anak, saya boleh ujarkan pendapat mengikut pengalaman peribadi. Semasa hamil saya sangat tidak suka akan perubahan badan saya. Sampailah saya telah melahirkan anak, saya dapati berat tidak turun. Jadi ia membuatkan saya kurang keyakinan diri untuk bersama suami. Satu lagi, selepas bersalin, saya macam takut akan melekat lagi jadi saya elak lakukan hubungan. Padahal sudahpun pakai perancang. Sebenarnya perubahan hormon juga memainkan peranan. Membuatkan sexual drive wanita hilang. Saya cadangkan awak sebagai suami cuba berbincang dengan dia baik baik. Jika dia tidak selesa, tanya dia apa anda boleh buat. Jika dia mahu take it slow, lakukan itu. Jika dia belum bersedia, awak kena bersabar. Awak juga perlu pandai pikat hati dia kembali. Mungkin ada sesuatu yang dia simpan dalam.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan