KEPUTIHAN.
Ada x cara berkesan untuk rawat keputihan? sy x pregnant tp keputihan sy kdg kekuningan kehijauan , agak teruk jugak.. jgn komen jumpa doktor 😅.. sy dah byk kali ulang jumpa doktor nah , dah x larat nak makan ubat dah semua x jalan #pleasehelp

Secara amnya keputihan adalah situasi normal ketika hamil disebabkan hormon kita yang berubah. Keputihan perlu di pantau jika berubah warna, tekstur, berbau, banyak dan gatal. Jika ada ciri2 tersebut, perlu rujuk doktor dan HVS akan dilakukan. Jika keputusan HVS normal (tiada apa2 jangkitan) doktor akan bagi saranan. Saya share kan saranan gynae saya ya. 1) Kurangkan gula dalam diet pemakanan. 2) Amalkan plain yogurt (probiotik bagus untuk mengurangkan keputihan). Kenapa plain yogurt? Rujuk semula pada point no 1> KURANGKAN GULA 3) Berhenti pakai feminine wash, jika ada. Ia menggangu pH level miss V. 4) Elakkan daripada memakai pantyliner. Nak pakai boleh, tapi perlu tukar dengan kerap. Max 2 jam sekali. Kalau tak pakai, sediakan panty lebih untuk tukar. 4) Seeloknya pakai cotton panty. 5) Sentiasa lap kering miss v selepas membuang air kecil/besar. Bakteria sukakan kawasan yang lembap. Jadi kita taknak bakteria membiak di situ yang akan mengakibatkan masalah keputihan lebih parah. Selamat mencuba🌹
Baca lagi