10 Balas
kurangkan pengambilan gula. saya sebelum pregnant sensitive, makan je coklat², kek², kuih manis, air manis, esoknya terus keputihan berketul dan gatal, sampaikan kat rumah kena spare UTIX . walaupun dah minum cranberry juice, makan yogurt, tapi intake sugar tak kawal, keputihan tetap teruk. jadi time tgh pregnant ni apa yang saya buat 1. makan buah and sayur banyak 2. makanan manis tu mmg saya x mengidam sgt. alhamdulillah boleh kawal. baby pon tak suka ibu dia makan manis, setiap kali makan manis saya muntah teruk. 3. kerap lap dengan kain kering lepas buang air. kalau buang air besar, cuci guna sabun. 4. pakai seluar longgar. tgh pregnant saya mmg x pakai panties. pakai seluar atau kain cotton je. bagi ada ventilation 😄 5. JANGAN TAHAN KENCING. paksa diri bangun kencing walaupun malas. 6. lepas bersama, ambil masa 5-6 minit untuk rehat, lepas tu bangun cuci dan kencing. 7. pastikan sebelum bersama, husband kita punya pon bersih. 8. elak cuci atau lap dari belakang (punggung) ke depan (vagina) 9. kalau ada.water heater, cuci guna air suam. alhamdulillah setakat ni keputihan saya x gatal dan tak berbau. bau² yeast pon xda.
saya first pregnancy gbs, sekarang second punya keputihan sangat banyak sampai dah hijau. kadang kulit sekeliling vagina tu merekah dan kering sebab dah fungal. nak kena sapu cream fungal dan tak pakai spender kat rumah. tiap hari keluar, dah dapat ubat antibiotic masuk dalam vagina 2 kali tak baik baik. lepastu kencing kotor dah kena 2 kali. sekarang ni dah pasrah je gatal pun memang kerap ke tandas basuh je nak bagi hilang gatal tu. lepastu kerap contraction dan sakit pinggang walaupun baru 31 minggu.
Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Amalkan gaya hidup sihat & pemakanan sihat. pengambilan sayuran dan buahan.makanan probiotik seperti yogurt. Sentiasa menjaga kebersihan diri.kerapkan mandi. pastikan miss v sentiasa bersih dan kering. Jangan guna pembersihan miss v. Panties kena selalu tukar..(guna panty liner bila perlu sahaja)
saya first pregnant +ve gbs kemudian misscarriage.. gatal, makan ubat, insert ubat semua pakai after misscariage dah hilang. ni second time pregnant gatal macam dah tak ada.. tips dia saya lepas kencing atau basahkan vagina wajib lap dengan tisu sampai kering.. tak kisah dimana wajib keringkan kalau tak memang akan rasa gatal2..
Sama sebijik dgn sy.. Kalau sy mmg dh tk boleh nk buat apa sis sampai laa bersalin. Dekat PAC nnti if dh nak bersalin diorang akan masukkan antibiotik dekat tangan sampai laa bersalin. And baby pulak kena tahan dekat wad 3 hari.
Sis..apa je ciri2 keputihan GBS? Sy ada keputihan jgk..masa 24 minggu ada ambik sample cuma negative GBS.. Keputihan sy agak byk,kuning2,cair..tp x gatal.. Ingat nnt nak minta dr repeat sample sbb keputihan x resolved..
Sy jenis bnyk keputihan sebelum ni. Sbb kerap amik cola semua. Bila dh kurangkan dlm smnggu trus xde keputihan. Time preggy pn bgtu astu dh xde lg bila stop makan manis2 bnyk air putih je, mnum jus delima trus stop
Sya pon dkat nk bersalin ada keputihan jgak, tapi x banyak la, Wrna kuning jgak tapi x gatal,dah mkan ubat antibiotik x jalan jgak, remdam garam sireh pon sama ja, munkim Dkat2 nk bersalin kot
Setuju dgn komem Mrs Cheng dlm penjagaan keputihan normal & tambahan : guna breathable cotton panties dan jangan pakai ketatl
Kurangkan makan manis2. Makan yogurt setiap hari.
Anonymous