Hamil 7 minggu

Ada tak ibu-ibu yang merancang untuk tidak teruskan kehamilan? Ini merupakan kandungan ketiga dan saya masih belum bersedia untuk hamil. Ada cara tak untuk tidak teruskan kehamilan ini?

20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

jgn sis. kesian baby tu. sesusah mcm mna pun jaga lah baby tu. yakinlah suatu hari nanti ank tulah yg bnyk berbakti sma sis. mcm kisah pemain bola sepak ronaldo. ibubapanya dtg klinik nak gugurkan kandungan tpi doktor larang n last2 ibubapa dia simpan kandungan tu. bila ank tu dah besar rupanya ank tula yg mengubah nasib keluarga itu.

Baca lagi

Jangan tanya sini nanti kena kecam. Anak itu rezeki & anugerah Allah jd terimalah dgn hati yg terbuka. Sygi lah dia agar tidak terluka perasaannya & dapat membesar dgn baik tanpa hormon tak baik yg keluar kerana tidak sukakan kehadirannya. Hormon tak baik boleh mengganggu tumbesaran bayi. Jika mahukan bayi normal tlg sygi dia.

Baca lagi

Better dpt kan kaunseling. Tu je jalan terbaik. Sbb kalau org komen2 ni nti takut dikata org xpaham keadaan. Atau nti jd org ckp x baik pasal sis. Isu ni sgt sensitif n buat kan perasaan ramai ibu2 kt sini sedih n marah. Bincang dgn husband dpt kan kaunseling pakar.

Paling geram ye dgn org jenis mcm ni , cuba bersyukur . Ramai lagi org yg dah nikah lama tp tak dikurniakan anak . Kalau taknak , teruskan juga kehamilan tu , lepas tu bg org lain jaga . Kesian dia , bukan salah dia pun awk mengandung . Dah sedap , pastu tak ready nak buang je 😤

Boleh jadi inilah anak yang nak jaga awak bila dah tua nanti 🧡 Percaya dengan ketentuanNya.. sentiasa yang terbaik.. hanya kita yang selalu alpa..

anak tu rezeki je sis..rmai org yg susah dpt anak..sis kena teruskan jugak.sis awal2 kena pakai perancang..mana boleh kalau sis nk gugurkan..takde cara lain.kesian kt anak.

dah tau takmau tambah kenapa tanak pakai perancang? 💀💀 lepastu bila terpregnant tanak teruskan dengan alasan ‘tak sedia’

awak. lupa ke tu hasil hubungan awak dan suami 😩 haram buang awak 😢😭 kesian org yg ttc baca mcmni. allahu.

Untungnya sis..sy masih ttc teringin sgt nak merasa fasa kehamilan n kelahiran baby dr rahim sendiri😢

jaga je baby tu..dah rezeki dpt anak awal