47 Balas

banyakkan minum susu.. klau pengalaman saya, doktor sarankan bagi susu formula buat tambahan selain bf.. sbb kata doktor berat bayi saya ni agak besar jadi keperluan utk menyusu tu lebih.. lagi² musim panas malaysia ni.. setiap 1 jam 1½oz atau 2oz susu..saya set alarm utk kejut anak saya..stress juga nk kejut anak, sbb dia mmg x nk bukak mata.. nurse sarankan buka semua pakaian anak, biar dia sejuk² nangis sikit .. baru boleh bagi susu.. alhamdulillah turun bacaan kuning dia dari 11.9 ke 5.5... *saya try juga cara mandian kuning, daun kuchai, calit air masak, kurma cina semua kat bibir.. semua x jalan...mungkin saya kurang percaya.. hahaha..

baby saya haritu paling tinggi 314, dua kali masuk nicu. dengan susu hari ke3 kelahiran baru ada. nurse kat nicu suruh bagi susu fm sekali susu badan tuk kerap kan baby kencing & berak. lepas tu tido jangan tutup lampu. baby pulak jangan bagi pakai baju tebal² siap bedung, kasi panas badan tu keluar, ni pun doktor cina kat kk masa follow up bagitau. lepas tu mandikan ngan air beras. last sekali saya bubuh stormy oil, t rub & calm time balm tasneem natural tu. memang lepas nyusu je terus membuang. last follow up kuning tsb 62, dua minggu baru bebas kuning 🤣

VIP Member

Kerapkan susu tapi mmg ibu akan letih sebab penyusuan akan jadi lebih dari biasa. Masa anak kena duduk icu mmg tak cukup tidur dibuatnya sebab kena kerap susukan anak, bagi dia berak dan kencing yg kerap. Kalau tak lama lagi la kat icu. Tapi kalau belum admit boleh cuba mandikan anak dengan herba cina, boleh cari khas utk anak kuning. Boleh cuba kalau rasa ok, sebab bagi saya selagi dia tak masuk ke dlm mulut anak hanya luaran ok jer.

baby sy hritu pun kuning (prolong jaudice) bacaan naik turun je. cara saya, saya cmpur susu bf dan susu fm jd baby cepat berak dan kencing. tiap 2jam saya kejutkan anak saya bg minum susu sbb baby kuning asyik tidur je😅. lepas tu saya bg anak saya mandi air teh sbb segala daun pun tak jalan dgn anak saya kuning ttp tinggi. alhamdulillah lepas 2minggu mandi air teh kuning anak saya dari 179 turun ke 57.

Kerapkn bgi susu , lps tu sis jngn mkn halia dn lada hitam , dua bnda ni yg bt kuning bby mkin tnggi , ye rmai org brpntng mkn halia dn lada hitam sbb nk buang angin tp kesan dia kna kt baby , cara mak sy brpntng mmng xmkn halia dn lada hitam jdi kuning bby xkn tinggi Sis boleh p kdai cina yg jual2 herba tu tnya untk ubat kuning , nnt mndikn bby dngn tu je , akk sy guna tu juga brpa hri je kuning dia susut

try campur susu formula .sampai hilang kuning dia .. ni pun saran dari kk nurse dan dr. sb nk bgi dia berak kerap and bagi cept hilang kuning dia .. sb bgi full breast feed sgt susah apa lg anak kena kuning ni suka tdo so msa bngun dia pun sekejap je .. dia tak dapat nk menyusu smpai dapatkan hindmilk tu .. hindmilk ni la yg akan bgi dorang cept kenyang and berak .

iya betul ..msa anak pertama saya degil tanak bagi anak susu formula .fkiran time tu nk yg terbaik untuk anak sb susu ibu pnuh dgn khasiat dprlukan bayi .. tp last2 msuk nicu 3hari kuning tinggi sangat .so anak kedua saya belajar dri pengalaman saya bgi dia susu formula saya selang seli kan dgn breastfeed .. sllu mlm sya bgi dia susu formula sb nk dia berak pgi tu ..alhamdulillah ada kuning tp tak smpai kena tahan and kuning trun tiap kali chekup sb anak berak bnyk . mmg susu formula khasiat dia tidak sperti susu formula tapi susu bdan kena bgi dia mnum smpai setengah jam untk dpt kan hindmilk .anak kuning pulk brjga 5 hngga 10 mint je .. thats why kita kena cmpur susu formula ..hilang kuning fokus breastfeed bole trus tinggl susu formula 😁

kalau baby kuning sis kurangkn lada hitam dlm masakn pantang halia x pe..sbb ikut pengalaman anak pertama sy ank kena kuning lama sbb mkn lada hitam .anak kedua sy bru je 2 bulan 15hari..mase lahir kena kuning 3 hari je dlm wad nicu balik tu sy dlm mknn pantang letak halia je..lada hitam x sentuh selama berpantang tu..pegi check up kuning kat kk,doktor ckp kuning dh x de pun😊sis cube la

Sy cuba dgn cara mandi dgn daun kucai tambah air cap badak. Lps tu sapu Bedak sejuk kt badan baby. Sambil tu kena bagi baby minum susu banyak. Sy tambah dgn susu formula sama. Ank sy kuning lama hampir 20 hari bru turun ke 5. Bru discharge kuning. Sbb darah o jd kuning payah nk turun. Tu yg ikhtiar pelbagai cra. Selagi bkn yg msok mulut baby InsyaAllah kita cuba ja.

Kalau mcm anak saya dulu, mak mertua saya bagi mandikan air cap badak+timun(blend) ambil air timun itu sahaja buat bilas anak yang terakhir, saya ada juga ternampak di tiktok orang mandikan dengan air daun kuchai (blend) ambil air nya campur dengan air cap badak juga, kita cuba mana tahu ada yang sesuai dengan anak, semoga anak mommy sihat cepat ya ❤️

betul sis mandikan je dengan daun kucai sebab saya pun buat macam tu kuning nya turun.

Anak saya hari ke 34 baru hilang kuning. Dah dikira prolonged jaundiced dah, masuk nicu 2 hari. Mcm2 saya try petua org dulu mandi herba cina, bagi serbuk mutiara, letak aloevera atas dahi. Tukar susu formula 4 kali nak bagi berak. Yg penting bangunkan setiap dua jam bagi susu. Bila baby berak kuning pon hilang. Last check 4.9

Soalan popular

Artikel Berkaitan