HB makin hari makin rendah

Ada siapa siapa macam saya ke? HB makin lama makin rendah. Last check up 8.2 sahaja. Sebelum ni 7.9. Makan iberet asyik muntah muntah. Last sekali doctor suggest maltofer minum dengan sunquick kosong. Kalau tak naik jugak HB terpaksa diwarded kan dulu. Segala macam cara dah buat untuk naikkan HB. Jambu batu, delima, kerang semua dah. Masih juga sama. #pleasehelp #firstmom #firstbaby

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya masa mula buka buku pink. 11.8. Lepas dari tu terus menurun tak naik. Tukar ubat. Saya sejenis tak makan daging, kerang. Tp cuba juga makan. Makan ubat dgn sunquick. Masih sama. Dr decide utk masukkan ubat direct ke darah. COSMOFER. Skrg bacaan hb baru okay. 11.0, 11.7. Skrg dr bagi result dna, sy pembawa thalassemia. Tawakkal je lah.

Baca lagi