18 Balas
Survive from PCOS Saya disahkan mghidap pcos selepas hadir ke klinik utk cek masalah kesuburan. Berat sy selepas kawin ialah 60 kg. Dan disahkan tidak mempunyai telur matang. Ini myebabkan sy mengalami kesukaran utk hamil selama 3 tahun berkahwin. Apa yg doctor advise pada sy adalah menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 10% dari berat badan asal. Amek masa jgk la utk turunkn berat. Tahun lepas sy dan suami ada mengamalkan minum rebusan buah zuriat,air zam zam dan air jus zuriat. Alhamdulillah, berat badan pn turun sbb sy mula kurangkan makan fast food, karbo dan minum minuman bergula. Disamping untuk mendapatkan waktu subur yg tepat, sy telah membeli OPK utk memantau tarikh subur yg paling sesuai. Saya sarankan tidak menggunakan apps, kerana setiap org mempunyai tarikh subur yg berlainan. Sekarang sy hamil. Doakn baby sy sihat ya. Bagi yg TTC, ptama skali sy sarankan utk ke klinik dan cek apa masalah dalaman kita dan suami. Kalau masalah Pcos, blh cuba utk kurangkan berat badan trlebih dahulu, mnum rebusan air buah zuriat dan cek waktu subur menggunakan OPK. In Shaa Allah. Sy doakn awk ada rezeki baby ya..
Yang boleh sy share : 1) sis “bersama” suami semasa waktu subur (selepas habis period hari 8-14). Boleh download apps “period tracker”, nanti apps ni akan tunjuk hari subur. 2) semasa “bersama” lapik bantal bawah punggung sis untuk tinggikan supaya boleh berlaku “deep penetration” 3) selepas bersama , sis jangan terus bersihkan vagina, biarkan dulu beberapa waktu, baru pegi cuci. 4) makan makanan berkhasiat , banyakkan makan telur 5) selalu jugak senaman. Hujung minggu cuba pergi berjalan2 ke taman, utk keluarkan peluh/ toksin dlm badan. 6) sentiasa yakin dengan rezeki Allah swt. Dia akan bagi bila kita dah ready, inshaAllah. Semoga sis dpt menjadi ibu 2020, inshaAllah.
Hi nadiatul.. Saya dlu 6bulan (on medication) xboleh mengandung selepas menjalani pembedahan endometriosis. Dan doktor bagitau kebarangkalian untuk mengandung adalah sgt susah tapi doktor nasihatkan sy bersama suami pada waktu subur selepas sy period. Utk mengetahui waktu subur adalah hari ke-14 dari hari pertama kita period (ini untuk yang regular period je tau). Kitaran haid sy setiap 28hari. Alhamdulillah sy disahkan pregnant selepas 4-5bulan mencuba (1st period bulan 8, disahkan hamil bulan 1) Jangan lupa makan folic acid skali (sy makan Ferocom atas nasihat doktor). Banyakkan berdoa dan serahkan semuanya pda Allah.. sy doakan sis dipermudahkan segala urusan dan dikirniakan zuriat yg soleh/solehah.. amiin
Bagi yang dah lama ttc disarankan buat pemeriksaan suami isteri terlebih dahulu supaya doktor dapat tahu rawatan yang sesuai. Saya doakan bagi yang dah lama ttc dikurniakan zuriat. Saya mengalami banyak kali keguguran dan pernah buat pemeriksaan, Alhamdulillah kami suami isteri normal tetapi bukan rezeki saya lagi pada masa tu. Tahun lepas mengandung kali ke-5 dan kandungan survive hinggalah saya selamat melahirkan pada Mac 2020. Banyakkan berdoa dan yakinlah Allah berikan pada waktu terbaik buat kita. Banyakkan bersedekah, sentiasa sabar dan positif. Semoga dipermudahkan buat semuanya. #ttc8tahun
In Sha Allah sis amalkan susu kambing segar, kurma, delima, badam and vrgin olive oil, In Sha Allah pasti ada rezeki utk sis, bykkan berdoa, solat taubat dan istigfar..baca doa nabi zakaria memohon zuriat sis..selebihnya serah kepadanya..dan lgi satu klu period sis irregular or anythng sis bole gi page ig kaksitibidan and ambil pengetahuan dri sna sis, byk yg kak siti sharekn utk org2 yg lama ttc etc, smoga bermanfaat utk sis, Assalamualaikum jga dri n jgn stress2 ye.
Huhuhu betul sye pon follow kaksitibidan. Alhamdullilah lepas 6 tahun tunggu ikot ckit ckit nasihat kak siti sye mgandung
Sy selepas 2 tahun mencuba, alhamdulillah allah bagi rezeki pregnant, sepanjang 2 tahun tu sy hanya consume asid folic, jaga waktu kesuburan mgunakan opk.. Pergi berurut sekurang2nya 1-2 bulan sekali sbb sy bkerja so susah sikit nak kerap pg berurut and amalkan minum air kelapa bakar , selebihnya berdoa bnyak2 kpd allah sbb semua tu hanya asbab, bila waktunya tepat pasti ada rezeki, jgn stress2 dan jangan putus asa puan semoga dipermudahkan 😊
Saya pun 4tahun ttc. Patutnya waktu saya disahkan mengandung saya ada apoiment dgn pakar utk iui. Tapi alhamdulilah rezeki Allah nk bgi secara normal. Try refer pakar nanti dia akan cek kedua dua pihak. Tpi kalau kerajaan makan masa.. ada duit lebih buat swasta. InshaAllah jgn putus asa Allah suka orang yang berusaha. Semoga ada rezeki utk puan dan suami❤️
Period sis regular ke?.. Kalau ye boleh download apps my tracker.. Nnti lps setiap kali period dia akan tunjuk hari yg betul2 subur (dlm 3 hari mcm tu boleh cuba usaha bersama suami) , medium atau low % pesenyawaan.. InShaaAllah ☺️
puan try buat iui.sy cadngkan puan ke MAC hukm bhgn.sy pon lmbt dpt bb 5 tahun br dpt.skang anak tu dah umur 9 tahun,alhamdulillah sy be selesai iui disitu dan sudah mengandung lg setelah lama menunggu yg kedua ni.
Sy turunkan berat badan sis. Kalau bmi ok pun try turunkan jugak.. ubah cara hidup.. exercise penting. Sy dpt betul kan 3 period cycle. Cycle ke 4 terus lekat alhamdulillah
Betul.. Ni yg sy buat.. Sy pun 8 tahun tgu anak kedua... Mcm2 yg sy buat... Cume g cek kesuburan lom buat lagi... Last year sy tekad nak kurus n ubah 100% pemakanan sy... Sy tulat 360 pola pemakanan sy... No sugar... No simple carbo... No salt... Mkn sume yg healthy... Alhamdullilah... Kesihatan semakin baik... Cergas... Dpt berat mase bujang... Dan yg paling best... Sy tak sedar sy pregnant smpai lah kandungan 3 bulan.... 😁😁 Punya lah cergas... sume bende nak buat.. Bz sgt... Smpai period pun lupe dh dtg ke belum..., 😆😆 alhamdulillah... Bulan 3 sy check upt... POSITIF.... ALHAMDULLILAH... Now dh 21week...
Anonymous