Kawal pengambilan gula dan tinggi karbohidrat dlm makanan dan minuman. Portion karbohidrat 15gram je sekali hidangan. Contoh nasi putih 4 sudu atau suku pinggan pun OK. Lebihkan portion protein. Contoh jika sebelum ni ambil telur ayam Gred A sebiji, sekarang ambil 2 biji. Lebihkan portion serat sayur ; 1/2 pinggan. Buah-buahan ada gulanya tersendiri iaitu fructose. Jadi ambil buah yg kurang kandungan fructose dan rendah karbohidrat : 🍓🫐🍅🍆🥑🥒 Buah tempatan ambil jambu batu / buah naga yg tak terlalu masak. Ambil suku buah dlm setiap hidangan. Makan 3 kali sehari: sarapan; lunch dan dinner. Dinner ambil sebelum jam 7pm. Jika lapar in between waktu makan di atas, ambil kekacang rendah karbohidrat ; peanut, badam, mecademia, walnut. Telur pun OK, buat lah dadar, scramble, rebus, telur mata. Ikut suka. Kenyang. Minum air kosong secukupnya. Elakkan stress. Kerap bersenam sesuai kehamilan ;briskwalk. Join group FB KELAB Pesakit Kencing Manis / Diabetes (LCNS & NO SUPPLEMENTS). Ramai ibu GDM dan pesakit diabetes berjaya kawal bacaan gula dlm darah dgn baik.