Cyst semasa prengnant

Ada ke yang tengah pregnant tiba2 masa scan doc cakap ada cyst?? Please share tips macam mana nak kecutkan cyst.. Baru 9w sekarang tapi risau 😭 Pening kadang baca pendapat orang. Ada cakap boleh makan ni boleh makan tu ada cakap tak boleh.. Masa checkup pun doktor tak cakap apa² just perlu pantau je.. Sekarang pun kadang rasa menyucuk² je kat bawah perut kadang kat belah pinggang.. #bantujawab #SeriusTanya #ingintahu

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hi sis.. Doktor pakar akan pantau cyst tu. Ada jenis cyst yg akan mengecil semasa kandungan 16 week ke atas. Tapi ada jenis cyst (dermoid cyst) yg tidak akan hilang/mengecil. Jika cyst 5cm ke atas, Pakar akan bagi pilihan sama ada mau bedah semasa mengandung (kandungan 16 week-20 week) atau tunggu dan lihat operate buang cyst selepas melahirkan anak. Cuma kedua²nya ada risiko tersendiri.. Operate buang cyst semasa mengandung pun ada risiko kpd baby atau tunggu & lihat semasa mengandung jika cyst tiba2 pecah atau berpintal semasa mengandung. By the way sis.. sa salah satu ibu mengandung yg ada cyst & baru sahaja selamat menjalani pembedahan. Baby & sa dalam keadaan baik² saja..😊

Baca lagi

Sy ank pertama mengandung dengan cyst. Tapi bila kandungan makin membesar dia pun makin mengecut. Takde pantang makan apa apa pun, makan macam biasa je. Lepas bersalin (normal) dia pun terus hilang sekali. Sekarang pregnant yg kedua. Sama ja kes nya mgandung dgn fibroid. Dah 38week. Memang kena follow up pakar. Fibroid x membesar xmengecil. Harap2 lepas bersalin dia mengecut lah mcm sebelum ni

Baca lagi

Cyst ke fibroid sis? Saya dulu scan 10weeks ada fibroid. Bila check kk, dr refer ke hospital terus. Lagi gempak masa hospital scan cakap ada dua fibroid hahaha adoi kita lagi risauuu. Tapi dr cakap takde apa, jangan risau. So saya buat macam biasa je. Makan je apa saya makan selalu. Cuma jaga gula. Alhamdulillah scan 20weeks dah takde dah fibroid. Baby kuat, sis pun kuat insyaAllah

Baca lagi

ada saya baca klau cyst masa pregnant akan mengecut. also jgn fikir sngt pasal cyst, kita pregnant nk happy ii je, tkmo fkir yg bukan ii. jgn buat diri sndri stress kesian baby tau.. pantau je makan apa smua insyaAllah lama ii dia ilng.. doa bnyk ii, semoga sihat ibu dan baby. semoga dipermudahkan urusan awak

Baca lagi
VIP Member

kalau cyst ni sye penah scan swasta baby 12w. Ade cyst.. tp xtaw la mengecut dah kot sebab check up kk xde ckp ape ape sye pun dh bersalin anak dh umur 3y...sye pun xbgtaw husband tntg cyst TU.. sye elak makanan soy.. Tempe /air soya/tahu sye elak sepanjang mengandung

Masa saya preg tahun 2022 saya ada fibroid doc ckp, bersalin czer masa tu doc kata kalau ad npk fibroid ke buang sekali, tapi masa tu xda, lepas abis pantang, scan balik mmg xda dah.

Cyst akan mengecut.. Jgn stress ya. Doctor akan pantau. Sy pun ada cyst masa 10 minggu. Lps satu bulan scan dah tak de dah.

Sy anak 1st 18 weeks ada cyst tp next scan makin mengecut sampai 5 bln xde dah. Hormon je tu. Alhamdulillah anak ke2 xde

23h ago

alhamdulillah lega dengar.. Tapi masa cyst ada tu sis ada pantang makan tak??

selalu cyst akan kecut sendiri bila kandungan makin besar

23h ago

Alhamdulillah lega sy dengar.. Harap2 cyst sy pun mengecutlah next scan nnti..

Byk kan berdoa je sis.. Sambil usap2 perut