Demam on off
Ada ke kat sini yg demam on off badan suam2 je lepas tu kerap kencing, badan rasa lemah2 dan lenguh pinggang. Saya dh hampir seminggu macam ni. Kalau ikut due esok dah period. Tapi check upt negatif. Ya Allah semoga ada berita gembira buat saya. #ttc5years
Demam on off merupakan gejala yang agak umum dan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti jangkitan virus, keletihan, atau masalah kesihatan lain. Gejala seperti demam on off, badan lemah, lenguh pinggang, dan kerap kencing juga boleh menjadi tanda-tanda kesihatan yang lain. Saranan terbaik adalah untuk mendapatkan pendapat dari doktor atau pakar kesihatan untuk penilaian yang tepat. Doktor akan dapat melakukan pemeriksaan fizikal dan ujian yang diperlukan untuk menentukan punca sebenar gejala yang anda alami. Sementara menunggu berita gembira yang anda harapkan, pastikan untuk minum banyak air, berehat secukupnya, dan amalkan pemakanan yang seimbang. Jika gejala terus berlarutan atau bertambah teruk, segera dapatkan bantuan perubatan dari profesional kesihatan yang bertauliah. Semoga anda akan segera pulih dan mendapat penyelesaian untuk masalah kesihatan yang sedang dihadapi. Teruskan bersikap positif dan berdoa agar segala urusan dipermudahkan untuk anda. #ttc5years https://invl.io/cll7hzz
Baca lagiSama mcm sy...lewat period dah 7 Hari...bdn smlm panas and selesema teruk...bdn lemau and lemah sgt²...tau nak tido je penat dia Tu mcm penat berlari..padahal xda buat ape..upt negative masa test lmbt 2hari...skrg sy xtest lagi..hrp ada jugak rezeki buat sy dan husband...😢#ttc2years..
dlu sy awal2 pregnant sy demam on off for almost 2weeks..smpai hilang deria rasa..sy ingt sy kena covid dh haha rupanya bila check upt positive..rsa kerap kencing tu x prasan sgt sbb msa tu mmg mnum byk sgt air sbb demam so mmg slalu kencing..klu masih blm period nti test semula
Heheh sy ada simptom yang sama jugak. Dah 5hari lewat today, tp test masih -ve. InshaAllah moga ada rezeki buat kamu dan saya ❤️🫶🏻🫶🏻
amiin
Same here, 1st time ada simptom mcm tu cuma kerap kencing tu takde. Dah nak 2 minggu. Tinggal 3 hari lagi nak period. Smoga rezeki utk sis 🫰
saya ada cm sis tpi alhamdulilah chek upt +ve rasa dh berkli dh chek +ve je makin terang.moga ada rezeki korang yg ttc
saya ada cm sis tpi alhmdulillh chek upt +ve
dh 2bulan delay..tau2 pregnet
semoga ada rezeki sis