Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Mompreneur
Tak buka buku pink tapi nak bersalin di kerajaan
Nak minta pendapat semua, sy tak buka buku pink sekarang kandungan dah masuk 6 bulan, dr anak pertama dan kedua sy bersalin di swasta. Kali ni sy terfikir nak bersalin di kerajaan sebab sy tak mahu susahkan suami sy. Soalannya boleh ke kerajaan terima lgi jika sy nak buka buku pink sekarang?
Pedih ulu hati di trimester pertama
Hi semua! Boleh tak anda bagi pendapat macam mana nak kurang kan pedih ulu hati semasa mengandung. Lepas makan je mesti akan rasa pedih ulu hati. Sangat tak selesa 😫 #trimester1 #pedihuluhati
Masalah Gigi selepas bersalin
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera saya nak luahkan perasaan. sy Ibu yg menyusukan bayi secara ekslusif dan bayi dah berusia 8 bulan. Sepanjang lepas bersalin sy sering alami masalah gigi. Sebelum PKP sy dah buat operation buang gigi bungsu yg terimpak. Then beberapa harini masalah tampalan gigi lain rasa ngilu pula. Pegi klinik pergigian kerajaan tak boleh buat tampalan. Lepastu pegi swasta Dr ckp kena buat rawatan akar pulak siap bg harga RM350 sy ckp sy balik dulu nak fikir. Sebenarnya sy tak takut untuk jumpa Dr gigi cuma sy tak mampu nak byr sampai RM350 dgn keadaan PKP sekarang ni ? sy fikirkan untuk keperluan hidup. Sakit pd gigi jgn cerita mmg sangat ngilu ?. Sometimes sy fikir sy menyusahkan keluarga menyusahkan suami sebab asyik sakit gigi. Harga rawatan mahal pula ?. Sy buntu dan hanya menahan sakit menunggu klinik gigi kerajaan terima pesakit selepas PKP.
Tidak datang haid selepas habis pantang
Adakah normal jika selepas habis darah nifas sy tidak datang haid sehingga sekarang (anak sudah berusia 7 bulan) anak sy menyusu badan sepenuhnya (direct feeding)
Batuk dan Sakit Tekak
Sy sedang alami batuk dan sakit tekak. Soalan sy adakah ibu yg bf bayi boleh makan ubat batuk?
Sakit Belikat
Minta pendapat semua. Saya alami sakit belikat yg teruk iaitu di bahagian tengkuk hingga ke leher dan kadang kala efek sampai ke urat kepala. Sy mmg ada masalah migraine dari dulu. Saya menderita sakit belikat dari tempoh menyusukan anak kedua sy ni. Buntu nak buat apa lagi dah urut (tapi minta suami urut) dah sapu ubat, minyak tampal koyok tapi masih sakit. Usia anak saya 3 bulan lebih dan df tak nak botol. Apa patut saya lakukan untuk ringankan sakit belikat ni ?