Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Preggers
Anak Syurga Ibu&Ayah
Kita merancang.. Allah juga merancang.. & perancangan Allah adalah yg terbaik buat kita.? Syukur ya Allah.. Kau izinkan anak ini utk menumpang di rahimku. Kau pinjamkan seketika anak ini buat kami.. Terasa berat ujian yg Kau berikan namun aku yakin disebaliknya ada rahmat yg besar buat kami suami isteri..? Pulanglah wahai anak kpd Penciptamu. Pulanglah semula ke syurga. Tunggu ibu ayah kat sana ye ? . Ibu tau awak dah cuba sedaya upaya utk survived tp Allah lebih menyayangimu.. Kehadiranmu sgt menggembirakan hati ibu ayah walaupun hanya seketika.. Mmg sungguh terasa perit benar kehilanganmu wahai anak. Tapi ibu bersyukur.. Allah pilih awak terlebih dahulu utk menghuni syurgaNya.. Sejak pendarahan kali pertama, ibu berdoa pd Allah izinkan awak utk terus bertahan.. Ibu berharap sgt ada keajaiban buat kita.. hampir 2 mggu awak cuba bertahan.. ibu pujuk awak hari2 supaya jgn pergi.. 02/09/19 awk mula menunjukkan tanda² awk sudah tidak mampu bertahan.. Ibu menangis mengenangkan kami bakal kehilangan awak.. Namun di saat itu sebenarnya hati ibu telah benar² redha dgn qada & qadar Allah. Hati ibu dah benar² ikhlas melepaskan awak pergi. Ibu usap awak, ibu ckp kat awak, kalau dah sampai masa awak utk pergi, pergilah syg. Ibu dgn ayah dah redha. Ibu ayah yakin Allah lebih tau apa yg terbaik buat kita. Kalau kita tak berjodohan di dunia, Allah jodohkan kita di syurga kelak.. ? . Alhamdulillah.. 03/09/19 - 04/09/19 ibu complete miscarriage.. Awak telah pulang semula ke syurga yg kekal abadi..❤️ Berbahagialah awak di sana wahai anak.. selamanya awak buah hati yg pertama ibu ayah . Hadiah yg tidak ternilai ❤️