Nur Farhana Saadon profile icon
PlatinumPlatinum

Nur Farhana Saadon, Malaysia

VIP Member

About Nur Farhana Saadon

Mumsy of 1 fun loving boy

Posts(3)
Replies(422)
Articles(0)

Lung infection & Kawasaki disease

27.12.2020-Kisah nya bermula dari demam biasa, demam berlarutan menjadi 5 hari dan saya terus bawak dia untuk kali ke tiga jumpa doktor. Hari pertama demam, bawak pergi klinik dan doktor kata biasa lah baby nak besar or maybe sebab baru lepas vaccine. Hari ketiga bawak ke hospital, blood test semua okay. Tapi masa tu dah nampak mata dan bibir merah, hari kelima bawak lagi ke hospital sebab bibir merekah berdarah 💔 kesian anak. Tapi dia sangat aktif. . Masa tu buat blood test, swab. Ya swab untuk baby. Kesian dia terpaksa buat sebab dia ada symptoms tu. Lepas tu detect kuman dalam darah sangat lah tinggi. Masuk emergency redzone 🥺 . Masa dekat sana doktor tanya nak admit wad ke sebab baby aktif dan sekarang kes covid makin meningkat, risau akan terkena jangkitan virus Covid pulak 😔 . Tapi ku gagahkan hati dan request for admission. On that time doktor buat xray ya Allah bagai nak luruh jantung tengok lung dia penuh kuman, and pakar kanak2 kata its the best decision request untuk warded. Alhamdulillah masa tu syukur sebab pakar kata in sha Allah sembuh cepat sebab baby aktif. . Dan masa tu detect jugak Kawasaki Disease 💔 saya sertakan antara symptoms KD. Dan semoga semua alert tentang penyakit ini. KD boleh serang saluran jantung dan boleh menyebabkan bengkak di saluran tu. Saya bernasib baik hantar awal ke hospital. KD xsempat ke jantung dia. To mummies out there please alert to your baby. Even dia aktif, tapi kita xtahu dalaman dia ok ke x. . Now we are waiting for the next appointment with specialist for his treatment ❤️ Doakan anak saya sihat seperti biasa dan sentiasa sihat 🥰

Read more
Lung infection & Kawasaki disease
 profile icon
Write a reply