Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Momsy of 1 fun loving boy
Macam mana ye nak sembuhkan batuk baby. dah 1 bulan tapi tak sembuh2 lagi.
2 minggu lepas saya ada pergi kk. Dokter bagi ubat cair kahak. Dokter check paru2 ok. Cuma tu lah. Sampai sekarang tak sembuh2. Anak menyusu ok. Cuma suara dia macam serak2 sebab batuk2. Dan bila tidur batuk2 dia. Nafas pun ok je. Dah macam2 saya buat bagi uap kan air panas, sapu minyak telon , tepuk percussion. Umur anak saya 5 bulan.
Normal ke taik baby warna ni
Umur baby saya 4 bulan...full susu formuler...sejak saya tukar susu ducthlady baby warna taik anak saya macam ni...tapi tak ada dia sembelit
Baby saya 4 bulan dah nak dekat 2 minggu batuk berkahak
Waktu tu baby dah bawak ke hkl sebab demam, selsema dan batuk... Dokter tu sedut kahak anak saya...dah sembuh dah demam dan selsema... Cuma sekarang ni batuk je tak sembuh lagi
Segugut masa 36 minggu 4 hari
Normal ke rasa macam segugut... Dari jam 10:30 malam hingga ke jam 12 malam... Jam 1 malam baru berhenti segugut tu...Lepastu saya rasa macam kepala janin gerak ke pintu laluan.... Tu kontraksi palsu ke? Sekarang ni ada juga sakit segugut juga
Kaki kejang
Kaki saya Kejang pada hari isnin. Tapi kaki saya sampai Hari Ni, khamis Masih sakit. Bila berjalan pun sakit juga Dan nak mengiring ubah posisi semasa tidur pun sakit. Dah Urut tapi Masih sakit juga. Macam mana ye nak sembuhkan kaki saya #pleasehelp
Apa Ubat yang Sesuai untuk tangan Dan kaki gatal2?
Dah pergi kk tapi obat macam kurang Sesuai, Dia bagi Ubat makan(alahan) Dan Ubat Sapu cream. Dah Cuba losen calamine tapi Bila jam 4 pagi gatal2 naik balik. Habis kaki Dan tangan kena garu Dan berkudis. Dah Cuba Pakai bedak Tapi Bertambah gatal2. Start gatal2 pun masa 28 weeks. Susah nak tidur di buat nya.
Sekarang ni saya batuk dan selsema... Lusa ada appointment minum air gula
Kena juga ke minum air gula?