Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Baby Muntah susu
Hi mommies. Nak tanya mcm mana ye nak kurangkan baby muntah susu? - baby minum susu formula sbb doctor suruh stop susu badan sebab nak kurangkan kuning - baby minum susu formula lactogen - baby still muntah walaupun dah sendawa - baby baru 17 hari Walaupun muntah susu tu normal tp still saya nak kurangkan sebab hari2 muntah susu sampai muka baby merah. Kesian sangat tgk sbb mcm nampak baby tak selesa.
Takut jahitan terbuka
Saya baru bersalin 2 hari lepas skrg tgh batuk teruk sebelum bersalin lagi. Lepas bersalin ni sy mmg kuat sgt batuk. Ada tips tak mcm mana nak hilangkan batuk? Risau batuk lebih2 nanti terkoyak jahitan tu
Waxing bulu kemaluan
Nak tanya experience momies2, pernah tak wax bulu kemaluan? Saya sejenis bulu lebat & cepat tumbuh kalau trim/shave mmg cepat tumbuh balik kdg tak sampai 2 hari. So nak bersalin nanti planning nak wax tapi tak pernah wax. Sakit tak wax tu? Or kalau tak wax dekat spa, ada tak product wax yg momies boleh suggestkan?
Bengkung untuk pantang
Hi geng, boleh bagi suggestion tak bengkung apa yg sesuai utk pantang nanti? Saya first time mom. Ada yg advise takyah beli lagi bengkung sebab tak tahu bersalin normal atau czer. Macam mana ye?
3rd trimester
Skrg sy 33w, start 32w kerap sakit perut nak membuang tapi buang nya sikit je lepas tu ada rasa mcm period pain and sakit dekat tulang punggung. Normal ke ye momies?
Bila perlu balik ke kampung untuk bersalin
Hi momies, sy skrg genap 30w. Sy bekerja di KL dan akan bersalin & berpantang dirumah mak sy di kelantan. Week ke berapa ye sy perlu start cuti untuk balik ke kelantan? 36/37w? Risau takut baby nak keluar awal pulak 😅🤣 #firstbaby #pleasehelp #firstmom #bantusharing
Puasa tapi gastrik
Mommies, kalau ada gastrik teruk elok tak puasa? I baru pregnant 3 bulan.