Alynn Othman profile icon
BronzeBronze

Alynn Othman, Malaysia

Contributor

About Alynn Othman

Mummy of 3 bouncy magician

My Orders
Posts(2)
Replies(3)
Articles(0)

PERANAN PENTING SUAMI SEMASA ISTERI MENGANDUNG =================================

1. MENJAGA PERILAKU DAN TUTUR-KATA Menjaga perilaku dan tutur-kata terhadap isteri agar isteri rasa lebih tenang, gembira dan disayangi. Sekiranya berlaku krisis, selesaikan segera dengan tenang. 2.BERSIKAP JUJUR Menjaga pancaindera daripada perkara-perkara tidak baik dan berlaku jujur dengan isteri. 3.AMBIL BERAT KEADAAN ISTERI DAN ANAK Peka dengan keadaan kesihatan isteri dan anak dalam kandungan. Bawa isteri untuk rutin pemeriksaan bulanan di hospital serta pastikan isteri mendapat rawatan sepatutnya dengan segera sekiranya terdapat isu kesihatan. 4. MENAMBAH ILMU Menambahkan ilmu berkaitan kehamilan, penjagaan bayi, penjagaan isteri dalam berpantang, keibubapaan, keagamaan, bagaimana menghadapi saat kelahiran isteri dan cara menyambut anak yang baru lahir. 5. PEKA DENGAN PERUBAHAN FIZIKAL ISTERI Peka dengan perubahan fizikal isteri dan bantu isteri melakukan tugasan harian agar beban isteri lebih ringan. Elakkan isteri daripada melakukan pekerjaan yang berat dan membahayakan diri sendiri serta kandungan. 6. PEKA DENGAN PERUBAHAN MENTAL (PSIKOLOGI) SERTA EMOSI ISTERI. Berikan lebih perhatian, simpati dan kasih-sayang terhadap isteri. Banyakkan bercakap perkara-perkara yang baik-baik seperti memberi nasihat dan menyeronokkan bersama agar isteri lebih kuat semangat dan jiwanya. 7. MENYEDIAKAN KEPERLUAN MENCUKUPI Supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan yang lebih mudah dan selesa seperti pakaian ibu mengandung, sandal yang selesa untuk tumit, krim perut, pregnancy/ maternity pillow untuk bantu isteri tidur dengan lebih selesa dan sebagainya. 8. AMBIL BERAT TENTANG PEMAKANAN ISTERI Pastikan isteri mengambil pemakanan seimbang dan cukup zat penting serta Asid Folik setiap hari.Untuk kesihatan ibu dan perkembangan yang baik dan untuk bayi dalam kandungan. 9. SEDIAKAN KEPELUAN BERSALIN DAN BERPANTANG SERTA KELENGKAPAN BAYI Contohnya set bersalin, minyak urut, lampin pakai buang, bengkung, pakaian bayi, infant car seat, pam susu, minyak telon, kain napkin dan sebagainya. 10. BERHATI-HATI SEMASA BERSAMA Berhati-hati dan berlemah-lembut sekiranya melakukan hubungan jimak dengan isteri disepanjang tempoh kehamilan. 11. JAGA HUBUNGAN Jangan menceraikan isteri ketika mengandung. Islam mengharamkan menceraikan isteri ketika mengandung kerana boleh mengganggu fikiran dan perasaannya serta memberi kesan pula kepada anak dalam kandungan. 12. MEMAHAMI KEADAAN ISTERI Memahami tambahan beban yang ditanggung isteri dan sentiasa berlapang dada untuk memaafkan kekurangan dan keterbatasan isteri. 13. MEMBUAT PERANCANGAN BERSAMA Berkongsi dan berbincang rancangan menyambut kelahiran bayi seperti persiapan shopping barangan bayi (isteri mesti excited nak beli baju yang comel-comel!), kewangan, hospital mana nak lahirkan anak, nama bakal anak dan sebagainya. 14. SIAPKAN JADUAL SERTA SENARAI RESEPI MAKANAN Sekiranya berpantang sendiri, siapkan jadual ataupun sistem serta senarai resepi makanan dalam pantang supaya dapat menguruskan anak-anak yang lebih besar dengan lebih teratur, menguruskan rumah tangga dan memasak untuk isteri dalam pantang. 15. TINGKATKAN AMALAN KEROHANIAN Antara yang paling penting, meningkatkan amalan kerohanian seperti solat hajat, berzikir, membaca Al-Quran serta berdoa untuk kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan. Ini juga membantu menguatkan jiwa anak yang bakal dilahirkan

Read more
 profile icon
Write a reply