Buku best utk tambah ilmu kehamilan
Saya baru habis baca Buku Pink 3.0 (pinjam di library). Sangat bermanfaat dan dapat belajar perkataan jargon hospital. Paling best dapat belajar dari pengalaman doktor dan jururawat bersalin. Jadi takdelah rasa takut nak bersalin nanti hihihi. Bila baca buku ni juga saya jadi berani nak serah keputusan pada doktor. Buku ni ada versi 1 & 2 juga. Kalau ada yang nak baca, pergilah cari di library atau boleh beli online. Tak silap saya ada juga dalam bentuk e-book, beli di e-sentral. Itu sahaja nak kongsi! #sharing
Read more
Macam mana nak hilangkan rasa sedih, sayu, sunyi semasa 1 trimester? 🥹😭
Saya dah cuba journal, baca buku, tengok movie, solat, zikir dan ada masa pujuk hati pembawaan emosi ni sekejap sahaja. Tapi kadang memang tak terdaya juga nak bersedih dan sayu. Saya tahan diri untuk tidak menangis lagi. Saya nak suami selalu ada dengan saya. Saya respect sangat dengan mommies yg LDR atau PJJ dengan suami semasa pregnant. Korang kuat sangat! Ada tips lain nak hadapi rasa sayu ni? Hati saya jadi sayu sehingga terkenangan parents yang dah tak ada, adik-beradik berjauhan dan kawan-kawan yang sudah lost contacts. Kalau tiada tips, berilah kata-kata semangat. Saya sangat memerlukan! #firstmom #Needadvice
Read more
Bila kena buat buku pink dan kena buat scan dulu ke?
Setahu saya kena buat buku pink dalam kandungan 10-12 weeks kan? Tapi ada pula kata KK sekarang nak kena ada gambar scan baby dulu. Betul ke? Saya cuba call KK tapi tak pernah berangkat 😂 masa nak buat buku pink tu just walk-in lah kan tak perlu appointment. Harap ada yang boleh beri pencerahan. Terima kasih! #firstmom
Read more


