Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Preggers
Jahitan terbuka
Saya bersalin secara normal, ada koyak sikit jadi kena jahit dalam 1cm nurse kata. Sekarang dah 23 hari selepas bersalin, saya rasa macam benang tu meregang. Kebetulan memang ada sembelit sikit minggu lepas, jadi saya takut sembelit tu effect jahitan. Benang meregang tu kiranya jahitan dah terbuka ke? Saya takda nampak darah atau luka lagi setakat ni. Cuma ada pedih2 sikit la kat bahagian kulit tu. Apa perlu buat ye? :(
Craving benda manis!
Hi mommies. Saya dah 37w and start 35w++ hari tu tiba-tiba asyik rasa nak makan benda manis je kadang tak sedar boleh habiskan berpaket-paket biskut sorang, makan kek, dessert banyak. Air manis pun dulu tak boleh telan sangat tapi sekarang kejap je habis. Masa 1st trim & 2nd trim biasa2 je. Normal ke ni? Nak kena pergi cek gula ke?
Sakit kat bawah!
Saya dah 36w3d, ada tak sesiapa experience sakit kat bahagian bawah tu setiap kali bergerak. Sakit area pangkal rahim. Nak bangun, berjalan, pedih betul rasa. Sampai tahap setiap kali nak bangun dari duduk tu perlu orang papah. Ni tanda dah nak bersalin ke?