Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
22.9 K following
8weeks Kantung & Yolk Sac
Assalamualaikum, saya nak tanya. Normal ke 8weeks nampak kantung dan yolk sac saja. Saya risau plak, sbb kebiasaan dah nmpk janin.. #firstmom#bantujawab
Kepala baby 4m
Hi mommies , kepala anak korang ada macam ni juga tak ? Saya tak tau nak betulkan macam mana lagi selain tummy time
Chicken pox
Hi mommy semua, nak tanya ada tak sesiapa pernah kena chicken pox masa berpantang? Jangkit tak dekat baby kalau ibu direct feeding?
Period delay
Hi, ada x yg lepas bersalin period on time tp bulan ktiga ttba delay 1 week blm period lg.. Baby sy nk msok 4 bln.. Test upt -ve plk.. Sebab hormon ke ? Atau priod mmg on off x teratur lepas brsalin
Luahan seorang first mom
Salam semua.. macam mana nak kuatkan mental yee? Saya duduk serumah dengan mak, saya ada baby usia 4 bulan. Saya cuba nak bukakkan stokin baby bagi dia ada sensory bahagian tapak kaki. Tapi mak saya tegur nanti badan baby masuk angin. Apa saya buat semua salah pada mak saya.. Sebelum ni dia tak bagi saya bukakkan mitten baby tapi sebab pengasuh tegur kena bukak bagi baby merasa pegang barang barulah mak saya bagi cabut mitten tu. Penat nak hadap sebenarnya.. orang tua je lah sentiasa betul. Apa saya buat semuanya tak betul. Haihh
allergic atau rash biasa
saya tak ada allergic apa2 dari makanan, tapi bayi saya selepas menyusu je macam ni. gatal2 begaru2. ada mommies boleh bantu
Sikit luahan
Maaf ya ni takde kaitan sangat dengan kesihatan baby atau apa. Rase kat sini je tempat nak luah tanpa orang tahu. Bulan 11 tahun lepas sy bersalin. Kirenya baby dh nak masuk 4 bulan. Sy tinggal dekat dengan mil. Anak sy ni cucu pertama mil fil dan cicit perempuan pertama keluarga belah husb. Dari sy bersalin, dalam pantang memang mil fil suka tengok baby. Tu sy tak halang, sy tak kisah pun. Tapi bila baby nk tido diorang tak faham. Walaupun baby dh nampak sangat mengantuk masih tak faham. Sy ni jenis lembut skit, tak sampai hati nak tegur. Iyalah, dh orang tua kan, spatutnye faham la sebab pernah ada anak. Kes 1: Mase sy hujung² nk habis pantang (mase ni dh balik rmh sendiri), waktu malam, sy dah tidokan baby pastu letak dalam baby cot elok². Pastu sy nk rehat nk makan dengan husb kat meja makan. Dengar la orang ketuk pintu. Rupenya mil datang dengan tok. Kate mil, tok nak tengok baby. Mil pun masuk dalam bilik bukak lampu pastu angkat baby dari baby cot. Sy mase tu tercengang, sebab baby dh elok tido waktu tu. Husb pun tercengang sama. Dia tak tahu nak kata apa. Last², sy rase nak nangis sedih semua laa, sy duk je kat meja makan tu. Mil tok ngan baby ade kat ruang tamu. Sy pun tertanya², yang diorang ni takde common sense ke? Waktu malam waktu baby nak tido. Sy pun nak rehat, sy letih. Kes 2: Biase petang lepas mandi sy akan tidokan baby sebab taknak baby tido waktu maghrib. Mase tengah dukung tidokan baby (dh hampir tido ya), mil fil datangg. Mil ambik baby dari dukungan sy. Sumpah time tu sy rase nak nangis marah kecewa dengan diri sendiri sebab tak pandai nak bertegas. Last², baby mestilah bangun, dengan suara kuatnya. Kes 3: Harini. Dari 2:30 sy cuba tidokan baby sebab skejap² nangis nak tido. Sy berjaya tenangkan kul 3 lebih. Time tu lah mil datang. Katanya nak tengok baby. Lepastu ambik pulak baby dari sy. Dah bagitahu baby baru nak tido. Lembik je baby mil pegang sebab dh mengantuk sangat. Tapi mil cuba cakap jugak dengan baby, sy senyap je waktu tu sebab dh penat duk hayun baby, ketar² dh lutut. Xlame tu mil bagi baby kat sy kate 'pergi la tido'. Sy pun dengan rase tak larat dh, tidokan balik baby sebab baby start nangis balik. Sikit lagi baby nak tido, mil datang pulak tanye barang dapur sebab yg mil dh habis. Sy tak kisah barang dapur tu, tapi mil duk bcakap kuat pulak dengan baby kat dukungan sy tu. Cerah balik mata. Lepas mil balik, sy cube tidokan xboleh pulak. Sy biaa atas toto, tak lame tu nangis skali lagi. Dengan sy nangis. Lame tau cube tidokan baby. Letak dalam buai nangis, kene pujuk pulak dengan dukung pastu hayun badan sy. Dari kul 2:30 baby ngantuk, kul 4:45 baru boleh tido. Kesian pulak baby. Ade lagi sebenarnya tapi yg ni jelah sbb dh panjang. Ade je kadang² husb bagi hint kat family in law bile baby letih atau ngantuk tapi tu la, masing² macam tak brape nak faham. Untuk bakal mommies tu, siapkan mental korang elok² tau. Lepas bersalin ni memang lain ya, kalau sy ni asyik nk marah je. Rase semua benda tak kena.
fully formula
alahai risaunya okey kee tak ni baby baru sembuh dari selsema dan batuk harini dah 3kali membuang sebelumni takpernah membuang banyak kali☹️ nakpergi hospital/klinik takni mom. #First_Baby
TEST KIT NAIK DOUBLE LINE TAPI SAMAR
Hi mommies. Nak tanya, saya ada buat test pregnant, naik 2 line tapi satu tu samar2 je. Adakah ianya positive?, saya dah ge klinik, tapi Dr tak tengok pun kit yang saya bawak tu. Then bila test lagi sekali dekat klinik, result dia -ve. Boleh share pengalaman mommies semua?, saya dah 2 minggu lewat period Maaf saya baru 1st time 🌸
Kaki macam ketam
Normal ke bayi 4 bulan kaki macam ketam?? 😂😅