Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
32.5 K following
Mata anak bertahi
Anak saya lelaki 1 tahun 8 bulan. Lately ni mata dia macam bertahi. Kadang badan dia panas sikit dalam suhu 36.5 gitu itu pun kadang2 sebelah malam sahaja. Tapi dia aktiv. Saya dah bawa ke klinik dan dibekalkan ubat titis. Ada tak anak mommies macam ni? Tengah musim sakit mata ke ya?
Bersama lepas pantang
Hi nk tny , lepas habis tempoh berpantang , bila boleh bersama semula ye ? Saya bersalin normal . Ada koyak sikit kt bawah kena 4jahitan . Rasa nk bersama tp dlm masa sama takut sakit pulak area bawah tu . Saya dah 40 hari tapi suami cam bg hint nk bersama . Sis takut 😮💨
Sakit perut tiap mlm
Hello mmy² yg ada kat dlm grup ni nak tanya sy dh 31 mnngu 2 hri..dlm beberapa hri ni sy sllu skit prut cirit birit..kpla pening disbb kn tiap mlm terbngun nak pergi tndas..ada mmy² yg pernah alami bnda ni tak..bhya ke untk bby
BREAST PUMP, MILK BOOSTER, MILK COLLECTOR
HI MOMMIES BOLEH TOLONG SUGGEST BREAST PUMP MILK BOOSTER MILK COLLECTOR APA YG OKAY ? APA YG PERLU & TAK PERLU KALAU NAK BF ANAK YA ? DUE 2-3 MINGGU LAGI TAPI APA PUN TAK PREPARED HM TQ MOMMIES YG RECOMMEND 🤗❤️
Hi nak tanya
Nk tnya bukak buku pink berapa minggu ye . N nk kne bwk buku pink yg lama ke . Sy dh pregnant 7minggu . Masih tk pergi scan lg . Sbb kekurangan kewangan
Breast sakit
Hi mommies . Nak tanya mom yg pam susu . Normal ke bila kita kerap pam susu , kita akan rasa macam breast sakit? Sebab apa ya ? Suction pam kuat sangat ke ? Atau tisu breast koyak ke sebab kerap pam ? Saya dah dua tiga hari sakit breast . Sampai overthinking sakit dada lah apalah . Harini hari ke 34 pantang .
Luahkan hati
Saya rasa mcm dah penat betul dgn hidup. Sekarang ni, semua benda kat rumah ni, saya kena tanggung. Makan, minum, pakai, rumah, bil, kalau keluar jalan pun 100% saya kena keluar duit. Nak kena tanggung mak, adik, dgn suami. Duit belanja suami pun saya kena topup. Balik keje, keje rumah saya tetap kena buat. Basuh baju, seterika baju, sapu rumah, memasak. Kena bangun awal pagi, siapkan bekal untuk suami sekali. Kalau tk sempat buat bekal, beli nasi lemak. Saya beli bihun goreng kosong je, sebab nak jimat duit. Tapi suami beli nasi ada berlauk. Yang bayar nya saya. Boleh gila lah macamni. Family mertua, kawan kawan suami asyik tanya bila nak pindah rumah. Dorang tktau, kalau pindah rumah, saya kena tanggung semua. Dah dua bil nak kena bayar. Kalau pindah, peti ais, kipas semua saya jugak kena keluar duit. Tapi suami tk bg cerita ke orang. Masalah nya saya yg kena. Bulan 6 nak bersalin. Duit saya ni dah kering kontang. Satu apa pun tk dpt beli. Tunggu suami, takkan dapat duit. Saya nak pergi beli, saya pun habis duit tiap kali awal bulan. Dekat rumah saya masak 1 jenis lauk. Tapi saya selalu tak amik lauk, sebab nak jimat, bagi orang kt rumah ni makan. Kalau amik pun, selalu amik nasi dgn kuah je. Orang tak nampak semua ni. Stress la macamni. Pernah sekali suami pergi lepak dengan kawan dia, saya ikut sekali suami ajak. Dia order makanan, saya tak order pape, sebab saya tk bawak duit. Sekali makanan dia sampai, dia suruh saya bayar. Nak bayar guna apa. Bila sampai rumah, dia boleh cakap 'nape tk bawak duit'. Dia lepak, dia yang beli, saya kena bayar ke? Apa lah nasib hidup ni. Kalau dalam Islam tak larang bunuh diri, dah lama saya buat. Yg suami, asyik share video tugas isteri, isteri kena layan suami. Habis saya ni, tak ada perasaan ke? Bila saya mintak tolong buat keje rumah, dia ungkit sebelumni ada je tolong. Ye, tolong basuh baju guna mesin basuh, tu pun separuh jalan buat. Tak pernah habis. Dalam sebulan, tak pernah lebih dua kali buat. Lepas makan pun, pinggan letak je dalam sinki. Bila tegur, dicakap 'satu pinggan je'. Dia ingat isteri ni robot ke, ingat tak letih ke tengok ada pinggan kotor lepas dah bersihkan satu rumah. Mati lagi bagus macamni.
Berpantang
Salam Mommies yg tgh berpantang . Nak tanya , bila boleh makan seafood ya ? Saya sekarang berpantang hari ke 28 . Teringin nak makan udang buttermilk 😅 setakat ni saya dah makan ayam dan daging so far takde gatal gatal atau allergic
Ruam panas ibu mengadung
Ada tip tak nak hilangkan ruam panas. Rasa stress sbb ruam byk pada leher perut dan belakang.. ada tak ibu2 yang tahu cara nak hilangkan ruam panas masa mengadung#bantujawab #bantusharing
berat anak
anak 1thn 7 bulan berat 9kg sja, makan kerap tapi kuantiti sikit. makan ja mesti tak habis. baru2 ni kena demam cacing 😕 smngu tak mkn. untuk umur mcmni dah boleh mkn ubat cacing tak? kalau ikut 2 tahun KK baru bg ubat cacing