
Hello mummies, saya ada soalan. Sebelum tu saya nak cerita sikit yang saya ni first time mommy dan ada masalah buasir. Saya juga baru mengalami keguguran akhir bulan 5 haritu, dan أَلْحَمْدُلله sekarang dah mengandung lagi, dah genap 6 minggu lebih. Saya jujur nya takut dan fikiran agak bercelaru bab nak bersalin sebab banyak dengar cerita 'dark side' kedua pihak. Nak bersalin normal tapi takut saya tak mampu, buasir saya tu, takut dia terkeluar ke atau akan ada implikasi yang teruk semasa berpantang, peranakan jatuh sekaligus buasir yang hampir terkeluar tu, lagi2 saya ada masalah sembelit juga. Tapi kalau salin czer, Ya Allah orang kata sampai nak gelak pun tak boleh, macam mana saya nak membuang air besar kalau sampai tak boleh gelak? Sebab saya sembelit kuat. Dan nak bangun dari tilam tu pun org kata susah, lagi2 saya takde katil, tilam je atas lantai. Saya rumah kayu, style mak2 kita zaman dulu tu, takde katil. Tidur atas tilam je so kena menggunakan tenaga juga tu setiap kali nak bangun ke tandas etc. Serious saya risau, overthinking dan takut tak tau nak buat apa. Buasir saya ni bila sembelit je dia akan terasa mcm nak 'terkeluar' punggung, belum beranak lagi. Itu buat saya takut sgt tu. Ada tak mommies dekat sini yg ada pengalaman sama atau pernah tahu pasal ni?#firsttimemom #askmommies #bantujawab
Read more


Saya dah seminggu sakit gusi. Bengkak dan berdarah. Masa start sakit tu tak test UPT lagi. Bila dah tahu positive ni, mula2 la cari rupanya ada relation between early pregnancy dan gingivitis. Macam somehow related sebab hormonal changes. Tapi sakitt aaa kumur dengan air pun pedih. Ada ke home remedies untuk ease the pain? #gingivitis
Read more
